PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 DAN PROGRAM CSR PEMBERSIHAN PANTAI KUNDUR ANJURAN TANJUNG BRUAS PORT SDN. BHD. BERSAMA JABATAN PERDAGANGAN
20 Ogos 2025, Rabu - Sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Tanjung Bruas Port Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka telah diadakan di persisir pantai Kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Melaka. Sukarelawan daripada Politenik Melaka bagi program ini terdiri daripada 10 orang pensyarah dan 36 orang Pelajar Commerce Club PMK, Jabatan Perdagangan. Program ini ini berlangsung seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuminah Binti Kadi Adun Pantai Kundur Merangkap Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka bersama Ketua Jabatan En. Shahrulnizam Bin Bakar. Menurut Ketua Syarikat Tanjung Bruas Port (TBP) Sdn. Bhd. Khairul Anuar Othman berkata, rakyat Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk meluahkan semangat cintakan tanah air dan patriotisme dan pihaknya mengambil pendekatan mengadakan gotong-royong.
Objektif program adalah untuk mempraktikan teori pelaksanaan CSR kepada Praktikal sebenar dan mengeratkan hubungan dengan komuniti Dun Pantai Kundur serta berkongsi pengalaman bersama agensi-agensi berkaitan.
Adalah menjadi harapan, aktiviti sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Amirudin bin Mohd Salim