Sesi Verifikasi 2 Star Rating, Centre of Building Technology (CoBTech) oleh Panel Penilai Luar
1 Julai 2025: Hari yang bersejarah untuk Politeknik Melaka di mana berlangsungnya Audit Verifikasi 2 Star Rating bagi Centre of Building Technology (CoBTech) Politeknik Melaka oleh Panel Luar. Ketibaan pasukan audit telah disambut oleh Pengarah Politeknik Melaka, YBrs. Dr. Hjh Shahiza binti Dato’ Hj Ahmad Zainuddin, bersama Timbalan Pengarah, Puan Zeyana binti Abdullah, dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Audit pada hari ini melibatkan sesi pembentangan, semakan dokumentasi serta lawatan fasiliti berkaitan bidang Teknologi Bangunan.
Pihak CoBTech juga amat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak JPPKK bagi membantu dan menyokong CoBTech dalam menghadapi sesi verifikasi ini. Panel penilai luar yang dijemput adalah terdiri daripada panel akademik dan industri iaitu Br.Ts. Dr. Mohammad Affendy bin Omardin (UMPSA) dan Ir. Shahrul Nizar bin Shaari (Innovacia Sdn. Bhd.).
Sesi verifikasi ini telah berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Panel penilai telah memberikan respon yang amat positif di samping mencadangkan beberapa penambahbaikan agar CoBTech terus bertahan dan relevan pada masa akan datang