Jabatan Perdagangan
PENGENALAN
PENGENALAN
Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah ditubuhkan pada Januari 1999. Jabatan Perdagangan kini menawarkan dua program peringkat diploma iaitu Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) dan Diploma Akauntansi (DAT). Terdapat seramai 32 orang pensyarah di Jabatan Perdagangan sehingga kini. Fasiliti Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan bilik kuliah, dewan kuliah, Business Support Room (BSR) dan makmal komputer bagi kemudahan para pelajar.
DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA (DPI)
AKREDITASI:
DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Program Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan dalam merancang, melaksana dan menggunakan kemahiran yang diperolehi dalam industri perniagaan global. Kandungan kursus direka untuk mendidik pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang berkaitan. Program ini meliputi eksport dan import, dokumentasi dan prosedur, menguruskan aktiviti pemasaran antarabangsa dan menjalankan penyelidikan pemasaran untuk tujuan perdagangan antarabangsa.
Program ini bertujuan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan perdagangan antara negara-negara, kepentingan hubungan baik antara kerajaan, pengetahuan tentang sistem undang-undang di negara ini, risiko dan insurans, kecekapan pengurusan kewangan dan keperluan asing, pengurusan rantaian bekalan, menguruskan bekalan dan permintaan serta aktiviti logistik. Program ini juga merangkumi pelbagai bidang pengajian seperti perakaunan, ekonomi, pengaturcaraan asas komputer dan pengurusan. Semua pelajar perlu menjalani latihan industri selama enam bulan pada semester keenam untuk membina pengalaman bekerja dan pemahaman yang lebih baik dalam dunia perniagaan.
Berikut adalah PEO & PLO DPI :
- Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan
- Penolong Pengurus Logistik
- Penolong Pengurus Pembelian
- Penolong Pengurus Import Eksport
- Penolong Pengurus Pembekalan
- Penolong Pengurus Kargo
- Penolong Pengurus Pusat Pengedaran
- Penolong Pengurus Kawalan Inventori
- Penolong Pengurus Kewangan \ Perbankan
- Penolong Pegawai Ekonomi
- Penolong Pengurus Pembelian
- Penolong Pengurus Luar Pesisir
- Pegawai Pemasaran\ Jualan
- Pengurus Acara
- Penolong Pengurus Sumber Manusia
- Penolong Pegawai Perhubungan Awam
- Penolong Pegawai Penguatkuasa
- Penolong Pegawai Akauntan
- Penolong Pegawai Maklumat
- Penolong Pegawai Tadbir Urus Korporat
Kelayakan bagi LEPASAN SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT)
AKREDITASI:
DIPLOMA AKAUNTANSI
Program Diploma Akauntansi (DAT) dibangunkan untuk menyediakan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam bidang perakaunan, pengauditan, percukaian dan kos, pengurusan perakaunan kewangan dan pengurusan pengetahuan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan dalam peringkat profesional bagi memenuhi tuntutan sektor awam dan swasta.
Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang ber fikiran usahawan. Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC. Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan. Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA
Berikut adalah PEO & PLO DAT :
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
CODES
Persatuan Jabatan Perdagangan atau lebih dikenali dengan nama Commerce Department Society (CODES) adalah persatuan dimana ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendaftar di bawah program Diploma Perakaunan dan Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Melaka. Selari dengan visi Politeknik Melaka iaitu menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri, adalah menjadi sebahagian tanggunjawab bagi kami untuk membimbing pelajar dari segi kepimpinan dan kepelbagaian kemahiran selain daripada ilmu yang dipelajari di Politeknik. Kami di Persatuan Jabatan Perdagangan berhasrat membuat transformasi terhadap persatuan dari segi pertukaran nama baru, perlantikan jawatankuasa, aktiviti-aktiviti, perancangan jangka panjang dan pendek, membuat kerja amal dan sosial dan lain-lain lagi. Bagi merealisasikan hasrat ini dan dilaksanakan dengan lebih terancang, satu bengkel telahpun dijalankan bagi merancang dan memperhalusi setiap aktiviti dan objektif yang akan dijalankan. Melalui perbincangan tersebut maka CODES telah di tubuhkan bagi mewakili Persatuan Jabatan Perdagangan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh CODES
Program Kesukarelawanan
Program Sukan dan Rekreasi
Program Akademik