Jabatan Pengajian Am
Pengenalan
Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan sokongan yang bekerjasama dengan empat jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Jabatan ini memegang amanah untuk melahirkan pelajar-pelajar berwibawa yang cemerlang, bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, malah pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar.
Melalui kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan, jabatan ini juga berharap untuk melengkapkan diri pelajar dengan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi, melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai peringkat pengurusan serta melahirkan pelajar yang proaktif dalam setiap bidang yang diceburi.
Objektif Kualiti Jabatan:
-
Menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) hasil penyelidikan peringkat kebangsaan dalam setahun
-
Menyertai sekurang-kurangnya satu (1) pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dalam setahun
-
Memastikan sekurang-kurangnya 30% pelajar lulus penuh dengan HPNM 3.0 dan ke atas
-
Menganjurkan sekurang-kurangnya satu (1) program kemahiran insaniah dalam setahun
Piagam Pelanggan
-
Memastikan proses P&P dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut keperluan ISO 9001:2015
-
Pemantauan pensyarah dan penilaian pelajar dilaksanakan secara 100% dengan markah melebihi 80%
-
Menyediakan staf akademik yang kompeten