AKRAB
-
Pengenalan
- AKRAB adalah nama khsus yang diberi kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam sebagaimana termaktub di dalam surat pekeliling, JPA 18/2005
- AKRAB merupakan akronim kepada perkataan :
A - Amanah
K - Komitmen
R - Rasional
A - Akhlak
B - bestari
Ciri-ciri di atas adalah merupakan ciri-ciri yang dikehendaki pada mereka yang telah menjadi ahli AKRAB
PERANAN
- Seorang Khalifah "Amanah Allah"
- Fitrah Manusia - Jaga Orang
- Bantu-membantu - Kebajikan
- Kerja Amal Jariah - Secara Sukarela
"BERKHIDMAT MEMBIMBING"
VISI AKRAB
"Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia"
OBJEKTIF AKRAB
"Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri"
MISI AKRAB
1. Melaksanakan aktiviti membimbing kepada warga organisasi.
2. Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.
3. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
BAGAIMANA AKRAB MEMAINKAN PERANAN?
1. Memahami pengaruh rakan sekerja yang memainkan peranan penting dalam kehidupan individu.
2. Memahami bahawa individu lebih selesa untuk berbincang soal kehidupan dengan rakan sekerja lebih faham.
3. Memahami bahawa pertolongan rakan sekerja lebih diambilkira dan ia berlaku secara sukarela jika rakan sekerja menggunakan teknik membimbing yang berkesan.
4. Memahami betapa pentingnya hubungan kemanusiaan dan persaudaraan dalam organisasi agar dapat mewujudkan suasana harmoni.
KEPERLUAN AKRAB DALAM ORGANISASI
1. Keperluan mengenai KEBAJIKAN dan KEPERLUAN SOKONGAN dalam aspek PSIKOLOGI individu dalam organisasi.
2. Kesedaran dalam melihat kepentingan hubungan INTERPERSONAL dan kemahiran KOMUNIKASI berkesan dalam kesejahteraan organisasi.
3. Keadaan struktur organisasi melihat kepada penekanan aspek KESEJAHTERAAN MINDA dan PERSEDIAAN UNTUK BERUBAH amat diperlukan dalam organisasi.
FAEDAH AKRAB
1. Mewujudkan pekerja yang kompeten.
2. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni
3. Membantu mencari penyelesaian
4. Pegawai atasan lebih empati kepada masalah kumpulan bawahan.