Pengenalan



Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan Jabatan Induk Politeknik Melaka yang berfungsi untuk mengawalselia pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Pelajar akan dilatih dan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang menjurus kepada sistem kawalan elektronik di industri.
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ini merangumi bidang yang luas di dalam elektronik kejuruteraan dengan pengkhususan kemahiran elektronik yang digunakan di dalam bidang proses dan automasi industri.
Program ini direkabentuk dengan berasaskan kejuruteraan elektrik dan elektronik, serta merangkumi kemahiran Matematik, Asas Elektrik & Elektronik, Asas Pengaturcaraan Komputer, Asas Sistem Komunikasi, Peranti Semikonduktor, Pemasangann Pendawaian dan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD) yang menyediakan kepelbagaian kemahiran graduan disamping memberi penekanan kepada bidang pengkhususan di akhir program.
Kursus-kursus pengkhususan termasuklah Sistem Kawalan PLC (Programmable Logic Controller) dan Automasi, Instrumentation, Control system serta Pengukuran Process (Process Measurement).
Selain daripada pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi pendekatan menyeluruh terhadap pembangunan modal insan melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral , Ko-kurikulum, Kemahiran Insaniah dan Keusahawanan.



OBJEKTIF KUALITI JKE
1 Melaksanakan sekurang-kurangnya 1 projek inovasi/penulisan/penyelidikan setiap tahun.
2 Memastikan 100% staf menghadiri kursus merujuk arahan pekeliling yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
3 Memastikan 100% pelajar lulus dalam penilaian Latihan Industri.
4 Melaksanakan pemantauan disiplin sekurang-kurangnya 4 kali setahun
5 Melaksanakan 1 kolaborasi aktif dalam usahasama yang berterusan dalam bidang/program.
PIAGAM PELANGGAN JKE
1 Proses pendaftaran kursus di jabatan diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran kursus .
2 Proses PdP dilaksanakan secara sistematik dan berkesan dalam suasana yang kondusif.
3 Melaksanakan aktiviti yang bersifat holistik bagi memperkasa jati diri pelajar .
4 Menyediakan program perkongsian ilmu kearah peningkatan pelajar dalam kemahiran TVET.
Program

- Program yang ditawarkan
Diploma in Electronic Engineering (Control)
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
- SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
- PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)
The engineering programme should produce balanced TVET graduates who are:
PEO1 : practicing technician in electrical engineering related field
PEO2 : contributing to society with professional ethic and responsibilities
PEO3 : engaging in enterprising activities that apply engineering knowledge and technical skills
PEO4 : engaging in activities to enhance knowledge for successful career advancement
- PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)
Upon completion of the programme, students should be able to:
PLO1: apply knowledge of applied mathematics, applied science, engineering fundamentals and an engineering specialisation as specified in DK1 to DK4 respectively to wide practical procedures and practices
PLO2: identify and analyse well-defined engineering problems reaching substantiated conclusions using codified methods of analysis specific to their field of activity (DK1 to DK4)
PLO3: design solutions for well-defined technical problems and assist with the design of systems, components or processes to meet specified needs with appropriate consideration for public health and safety, cultural, societal, and environmental considerations (DK5)
PLO4: conduct investigations of well-defined problems; locate and search relevant codes and catalogues, conduct standard tests and measurements
PLO5: apply appropriate techniques, resources, and modern engineering and IT tools to well-defined engineering problems, with an awareness of the limitations (DK6)
PLO6: demonstrate knowledge of the societal, health, safety, legal and cultural issues and the consequent responsibilities relevant to engineering technician practice and solutions to well-defined engineering problems (DK7)
PLO7: understand and evaluate the sustainability and impact of engineering technician work in the solution of well-defined engineering problems in societal and environmental contexts (DK7)
PLO8: understand and commit to professional ethics and responsibilities and norms of technician practice
PLO9: function effectively as an individual, and as a member in diverse technical teams
PLO10: communicate effectively on well-defined engineering activities with the engineering community and with society at large, by being able to comprehend the work of others, document their own work, and give and receive clear instructions
PLO11: demonstrate knowledge and understanding of engineering management principles and apply these to one’s own work, as a member or leader in a technical team and to manage projects in multidisciplinary environments
PLO12: recognise the need for, and have the ability to engage in independent updating in the context of specialised technical knowledge
Pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka peroleh daripada program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
- Bengkel memproses peralatan
- Pengatur cara dan kawalan proses automasi
- Pembantu teknikal kawalan proses
- Sokongan tapak teknikal
- Juruteknik elektronik
- Penolong Jurutera
- Usahawan

Akreditasi Program