Unit Teknologi Maklumat
Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat (UTM) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan ICT di Politeknik Melaka. UTM berperanan menyediakan serta menguruskan infrastruktur rangkaian, sistem aplikasi serta perkakasan dan perisian bagi kegunaan semua warga PMK. Unit ini juga berperanan memberi bantuan teknikal kepada staf dan pelajar PMK dalam menjalankan aktiviti atau program termasuk majlis rasmi jabatan.
UTM mempunyai seramai tujuh orang staf yang terdiri daripada dua orang Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) (F44), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) (FA32), dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) , seorang Juruteknik Komputer (FT22) dan seorang Pembantu Operasi (N11).
Objektif Kualiti UTM :
-
Melaksanakan penyelenggaraan pencegahan peralatan ICT 2 kali setahun
-
Melaksanakan Kajiselidik Kepuasan Pelanggan terhadap perkhidmatan UTM pada setiap sesi pengajian
Piagam Pelanggan UTM :
- Memastikan sekurang-kurangnya 75% aduan kerosakan infrastruktur dan perkhidmatan ICT diselesaikan dalam tempoh 1-7 hari bekerja
- Memastikan semua pelajar baru didaftarkan di dalam sistem CIDOS dalam tempoh 3 hari bekerja dari hari pendaftaran pengajian
- Memproses permohonan akaun wifi pelajar dan staf dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan online diterima