Unit Peperiksaan
Pengenalan
UNIT PEPERIKSAAN adalah pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Pembantu Tadbir , Pembantu Operasi dan Penyelaras Peperiksaan yang telah dilantik oleh Jabatan Akademik. Unit ini diselaraskan oleh Bahagian Penilaian dan Peperiksaan , JPPKK di seluruh Politeknik Malaysia berpandukan takwim aktiviti-aktiviti pentaksiran, Arahan-arahan dan Garis Panduan Peperiksaan.
Satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik telah diwujudkan bagi mengurus dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan, pengukuran dan penilaian politeknik. Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dianggotai oleh:
- Pengarah Politeknik (sebagai Pengerusi)
- Timbalan Pengarah Politeknik (Ahli)
- Ketua Jabatan (Ahli)
- Pegawai yang dilantik oleh Pengarah Politeknik (Ahli)
- Pegawai Peperiksaan (sebagai Setiausaha)
- Pembantu Tadbir (Pencatat Minit)
Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik bertanggungjawab:
- Menentukan dan melaksanakan apa-apa dasar yang perlu berhubung dengan segala aktiviti peperiksaan
- Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi
- Menentukan tindakan yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan
- Memutuskan kedudukan pencapaian akademik pelajar
- Mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Lembaga Peperiksaan
- Mempertimbangkan dan menyediakan laporan berkaitan dengan rayuan pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan untuk dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan
Objektif Kualiti
-
Mencapai Sekurang-Kurangnya 30 % Pelajar Lulus Penuh (LP) Dengan Himpunan Purata Nilai Mata ( Hpnm) 3.00 Dan Ke Atas.
-
Mencapai Sekurang-Kurangnya 77 % Pencapaian Got
Piagam Pelanggan
Unit juga merupakan salah satu tunjang penting di dalam sistem politeknik memandangkan prestasi melalui piagam pelanggannya telah menetapkan satu kriteria berhubung dengan pencapaian di dalam peperiksaan serta pengurusan yang efisien.
Kami berjanji kepada pelanggan Unit Peperiksaan Politeknik Melaka (PMK) perkara seperti berikut:
- Penyebaran maklumat berkaitan Arahan – Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Takwim Peperiksaan pada Minggu Pertama pendaftaran pelajar baharu dan Minggu Pertama pengajian pelajar lama.
- Keputusan Peperiksaan Akhir pelajar akan diproses dalam masa dua (2) minggu.
- Semakan kedua skrip jawapan bagi kursus- kursus yang mempunyai penilaian akhir dilaksanakan mengikut Garis Panduan Moderasi Skrip Jawapan Politeknik bagi menjamin ketelusan sistem penilaian.
- Rayuan penyemakan semula skrip jawapan peperiksaan akhir bagi sesuatu semester akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima.
- Rayuan ke atas keputusan penilaian bagi sesuatu semester akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.