Unit Jaminan Kualiti
Pengenalan
Pengenalan
Unit Jaminan Kualiti (UJK) merupakan unit yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut :
- Memastikan Politeknik Melaka mempunyai satu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang baik dan berkesan.
- Menyediakan prosedur kualiti serta memastikan ianya dikemaskini dari masa ke semasa.
- Mewujudkan persekitaran dan budaya kerja berkualiti, selamat dan harmoni supaya semua proses dan kerja yang dilaksanakan lebih mudah dan berkesan.
- Memastikan kelima-lima program yang ditawarkan oleh Politeknik Melaka (PMK) mendapat pengiktirafan Akreditasi Penuh daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan UJK antaranya ialah;
- Memberi taklimat SPK kepada staf baru dan pelajar baru
- Mengadakan bengkel penyediaan FRP (iFRP) untuk setiap semester
- Mengadakan bengkel semakan FRP (iFRP) untuk setiap semester
- Mengadakan mesyuarat Unit Jaminan Kualiti
- Mengadakan Hari Kualiti Dan Maklumbalas Pelanggan bersama PPA
- Menguruskan Mesyuarat KSP 2 kali setahun
- Mengawalselia urusan KPI (PERSIST) tahunan Politeknik Melaka
- Menguruskan urusan bengkel Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Politeknik
- Mengadakan Audit Dalaman ISO 1 kali setahun
- Menguruskan urusan audit akreditasi bagi semua program dan urusan audit ISO pihak luar
UJK diketuai oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti, dibantu oleh Pegawai Pengurusan Kualiti, Pegawai Akreditasi, Penyelaras-penyelaras Kualiti Jabatan, Penyelaras-penyelaras Akreditasi Jabatan, Ketua Audit Dalaman, Setiausaha MKSP/Risiko Peluang PMK dan Pembantu Operasi.
Visi & Misi
Dasar Kualiti PMK & Objektif Kualiti PMK
Piagam Pelanggan