como crear una pagina web

Oleh : Rabiah binti Mohamadย 

Politeknik Melaka, 27 Julai 2025 โ€“ Proses pendaftaran bagi kemasukan sesi Julai 2025 di Politeknik Melaka telah berlangsung dengan lancar dan meriah, bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Seawal pagi, suasana kampus mula dipenuhi dengan kehadiran orang ramai bagi menyempurnakan urusan pendaftaran. Proses dijalankan secara teratur mengikut jadual dan zon yang ditetapkan oleh pihak pengurusan bagi memastikan kelancaran serta mengelakkan kesesakan.

Beberapa kaunter telah disediakan bagi memudahkan semakan dokumen, urusan penempatan penginapan, kewangan, serta pengesahan program pengajian. Turut diadakan taklimat ringkas berkaitan peraturan institusi, aspek keselamatan, dan pengenalan kepada kemudahan kampus.

Taklimat khas untuk ibu bapa turut diadakan dan disampaikan oleh Pengarah Politeknik Melaka, YBrs. Dr. Shahiza binti Dato' Ahmad Zainuddin, diikuti sesi soal jawab yang memberi ruang kepada ibu bapa untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan.

Pendaftaran ini merupakan langkah awal sebelum Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang dijadualkan bermula 28 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025. Program MTS bertujuan membantu peserta menyesuaikan diri dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan sebelum memulakan sesi pengajianย rasmi.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas