Pengenalan
Jabatan Kejuruteraan Awam merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Melaka (PMK) yang memainkan peranan utama dalam memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan terhadap para pelajar bagi melahirkan graduan separa profesional yang berketrampilan dan berdaya saing. Proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dengan bentuk teori dan praktikal untuk mempastikan para pelajar didedahkan kepada dunia dan cabaran di alam pekerjaan yang sebenar.
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dipimpin oleh En Anuar bin Ismail selaku Ketua Jabatan dan dibantu oleh seramai 29 orang staf yang terdiri dari staf akademik dan juruteknik. Staf di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) juga terdiri daripada para profesional yang diiktiraf kelayakannya, terlatih dan berpengetahuan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan lebih banyak graduan yang berkualiti di dalam menampung keperluan bagi sektor awam dan swasta di Malaysia.
Usaha yang berterusan sentiasa dibuat oleh JKA dalam menjadikan jabatan ini sebagai salah sebuah COT (Centre Of Technology) yang telah diisytihar secara rasmi pada tahun 2021 iaitu Centre Of Building Technology (COBTech) dan mendapat "1 star rating" yang memfokuskan dalam bidang IBS (Industrialised Building System). Pelajar dilatih dan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti harian dalam industry binaan seperti penyeliaan dan pengawasan tapak pembinaan, taksiran, kerja-kerja ukur, pengujian makmal, analisis dan rekabentuk struktur, pembekalan air, pengurusan alam sekitar dan lain-lain berkaitan.
KEMUDAHAN
- Makmal Konkrit
- Makmal Tanah
- Makmal Hidraulik &Sumber Air
- Makmal Struktur
- Makmal Kejuruteraan Jalanraya dan Trafik
- Makmal Ukur
- Makmal Geoteknik
- Bilik Kuliah
- Bengkel Kayu
- Bengkel bata
- Bengkel paip
- Makmal IBS
- Makmal Komputer
Objektif Kualiti JKA
1. Menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) hasil penyelidikan peringkat kebangsaan dalam setahun
2. Menyertai sekurang-kurangnya satu (1) pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dalam setahun
3. Mencapai sekurang-kurangnya 30% pelajar lulus penuh dengan HPNM 3.0 dan ke atas
4. Menganjurkan sekurang-kurangnya lima (5) program kemahiran insaniah dalam setahun
Piagam Pelanggan JKA
1. Proses P&P dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut keperluan ISO 9001:2015
2. Program yang ditawarkan mendapat akreditasi MQA/ETAC
3. Menyediakan staf akademik yang kompeten
Carta Organisasi
CARTA ORGANISASI JKA PMK 2023
Program DKA
PENGENALAN
Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar.
Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:
- Penolong Jurutera
- Pembantu Teknik
- Penyelia Tapak
- Penyelaras Bahan Binaan
- Kerani Kerja Tapak
- Pegawai Kesihatan dan Keselamatan (SHO)
- Pembantu Penyelidik
- Pembekal Bahan Binaan
- Kontraktor Pembinaan
Handbook DKA
Syarat kelayakan ke Program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) 2022
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
- SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
PEO & PLO DKA
Akreditasi
Akreditasi: Diploma Kejuruteraan Awam
Maklumat sijil akreditasi program
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
NO PENDAFTARAN: MQA/FA13189
TARIKH AKREDITASI: 01/01/2019 ~ 31/12/2024
NO SIJIL MQA: 19266
NO SIJIL ETAC: BEM/ETAD/02/84/DA/01-00-110 (001)
CESAC JKA
Persatuan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam ini ditubuhkan bagi melahirkan pelajar-pelajar graduan diploma kejuruteraan awam yang berketerampilan, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, berdaya saing selain cemerlang dalam bidang akademik. Persatuan ini adalah di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka. Pelbagai aktiviti dalam dan luar dianjurkan oleh persatuan ini bagi melatih mereka bergiat aktif dalam sesuatu badan persatuan disamping mencungkil kemahiran-kemahiran lain pelajar diploma kejuruteraan awam menerusi program yang dilaksanakan. Persatuan ini sangat mengalu-alukan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam untuk mendaftar menjadi ahli CESAC.
Antara aktiviti penganjuran CESAC :
- CIVIL ENGINEERING WEEK
- BRIDGE BUILD AND BREAK COMPETITION
- LAMPU HIASAN MENGGUNAKAN BAHAN BUANGAN
- BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN
- FRISBEE CONCRETE COMPETITION INTERPOLYTECHNIC
- KHIDMAT KOMUNITI
- HARI KELUARGA JKA
AHLI JAWATANKUASA CESAC sesi 2020
Aktiviti Khidmat Masyarakat Pelajar Civil Engineering Student Affair's Club (CESAC) PMK di Kampung Solok Biak Melaka
E-Bulletin IBS PMK
Sila klik pada link bulletin yang disediakan.