PERHIMPUNAN BULANAN STAF: HIJRAH MENUJU PERSONALITI BERINTEGRITI DAN UNGGUL
Politeknik Melaka - 09 JULAI 2025 Majlis Perhimpunan Bulanan Staf Julai 2025 telah dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan bertemakan Hijrah Menuju Personaliti Berintegriti dan Unggul. Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi suntikan spiritual dan semangat kerjaya kepada seluruh warga kerja Politeknik Melaka agar terus komited dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran pendidikan tinggi masa kini. Pengisian utama ialah ucapan amanat Pengarah PMK, Dr. Hjh. Shahiza binti Dato’ Hj. Ahmad Zainuddin. Selain itu, turut diadakan penyampaian sijil anugerah pekerja contoh tribulanan dan slot motivasi personaliti berintegriti dan unggul. Majlis diserikan lagi dengan pertandingan kuiz hijrah, slot perkongsian ilmu dan pameran dari agensi luar (BSN dan Zakat Melaka). Majlis turut dihadiri dan dijayakan oleh warga Politeknik Melaka.
Sumber : Sharifah binti Polai