Centre of Building Technology (COBTech)
Pengenalan
Industrialised Building System yang ditubuhkan pada tahun 2014 merupakan bidang tujahan Politeknik Melaka (PMK). Penjenamaan semula bidang tujahan ini pada tahun 2020 kepada Building Technology adalah lebih bertepatan dengan matlamat Hala Tuju Transformasi Politeknik iaitu membina upaya baharu politeknik dalam membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreatif.
Berdasarkan kepada kepakaran dan pengalaman dalam teknologi bangunan yang dimiliki oleh pensyarah PMK dan infrastruktur sedia ada merupakan asas kepada sumber kekuatan PMK untuk ditauliahkan sebagai Pusat Penilaian Kompetensi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam tred Bangunan (Bricklayer Tahap 1 & 2, Plumbing & Sanitary Tahap 1, Carpenter Tahap 1) dan Industrialised Building System (IBS) (Steel Frame & Truss Erector Tahap 1, Lightweight Blockwall Installer Tahap 1, Roof Installer Tahap 1 & 2).
Berdasarkan hala tuju ini juga, COBTech, PMK berharap meneroka dan menerajui bidang penyelidikan dan inovasi serta penggunaan, pemindahan dan peningkatan teknologi dengan kerjasama dan jalinan pihak luar di dalam bidang yang berkaitan.
1. Pengunaan bahan dan pembangunan produk inovasi serta teknologi yang berkaitan dengan pembinaan
2. Fabrikasi kerangka keluli
3. Aplikasi perisian Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Permodelan Maklumat Bangunan(BIM)
4. Proses semasa pembinaan bangunan
Menjadi pusat kecemerlangan yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang Teknologi Bangunan di dalam dan luar negara.
Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang Teknologi Bangunan melalui proses kolaborasi, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta khidmat kepakaran.