CISEC
PENGENALAN
Unit CISEC (Unit Corporate Industrial Service and Employbility Centre) telah ditubuhkan pada bulan Julai 2010 untuk menyokong salah satu agenda Transformasi Politeknik iaitu meningkatkan kebolehpasaran dan kadar pekerjaan di kalangan graduan politeknik.
Dalam Rancangan Malaysia Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil CISEC khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan. Tugas CISC ketika itu adalah lebih memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.
Pada tahun 2010, CISEC telah ditubuhkan di Politeknik sebagai penambahbaikan kepada CISC dengan fungsi asal kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.
Fungsi dan peranan CISEC :
• Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri
• Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan
• Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik
• Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik
• Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.
LATIHAN INDUSTRIi
Maklumat Am
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) menyelaraskan semua aktiviti yang bersangkutan dengan latihan industri pelajar. Fungsi-fungsi unit ini adalah dengan :-
Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar yang bertepatan dengan bidang.
Menyelaraskan lawatan penyeliaan ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan industri
Bekerjasama dengan organisasi latihan bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dari latihan industri yang dijalani.
Apa yang dimaksudkan dengan Latihan Industri?
Latihan Industri adalah satu kursus wajib yang perlu dilaksanakan oleh pelajar di universiti, politeknik, kolej komuniti ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT). Di dalam Bahasa Inggeris, latihan industri dikenali sebagai ‘Industrial Training’ ataupun umum mengetahuinya sebagai ‘Attachment’. Kebiasaannya pelajar perlu melalui latihan industri selama lebih kurang enam bulan atau satu semester bergantung kepada IPT tersebut.
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperaku untuk dianugerahkan Diploma Politeknik KPT. Pelajar akan ditempatkan di jabatan atau firma swasta selama satu semester (22 minggu) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik.
Dalam latihan industri pelajar akan memilih tempat yang bertepatan dan bersesuaian dengan bidang pengajian mereka atau jika mereka tiada tempat maka pihak politeknik berkenaan akan cuba membantu pelajar mendapatkan tempat latihan industri.
Latihan industri menyediakan ruang besar kepada pelajar di politeknik untuk merebut sebanyak mungkin peluang dalam memantapkan lagi segala ilmu dan teknologi yang mereka pelajari. Semasa di politeknik pelajar berpeluang menimba ilmu pengetahuan menerusi pembelajaran di dalam kuliah bersama pensyarah. Setelah tibanya semester empat, maka pelajar politeknik perlu mempersiapkan diri untuk ke suatu alam baru iaitu pra-pekerjaan sebenar.
Semasa Latihan Industri, lawatan penyeliaan akan dilakukan oleh Pegawai Penyelia LI (Pensyarah Mentor) untuk meninjau perkembangan dan kemajuan pelajar disamping memberi peluang kepada syarikat dan politeknik untuk membincang pelbagai isu berkaitan dengan latihan lndustri pelajar. Para pelajar juga dikehendaki menyediakan laporan harian “Reflective Journal”. Setelah tamat latihan, mereka dikehendaki menulis laporan lengkap (report on industrial training) mengenai latihan tersebut.
OBJEKTIF UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI
Secara am, objektif Unit Perhubungan & Latihan Industri adalah seperti berikut:
Menempatkan semua pelajar yang layak menjalani latihan industri ke organisasi dalam masa yang ditetapkan
Membuat lawatan penyeliaan sekurang-kurangnya 100% daripada pelajar yang sedang menjalani latihan industri.
Membuat penilaian keatas pelajar yang tamat latihan.
Memastikan sekurang-kurangnya 45% pelajar mendapat keputusan cemerlang dan 98% pelajar lulus dalam penilaian latihan industri.
Menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan organisasi latihan.
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar :
Membina personaliti individu.
Berkomunikasi dengan berkesan.
Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
Menghasilkan laporan latihan industri.
Perkhidmatan yang disediakan
Mengurus penempatan pelajar di industri yang berkaitan dengan bidang program yang diikuti.
Mengendalikan penempatan pelajar dari 4 jabatan utama.
Menjalinkan kerjasama dengan pihak industri dalam meningkatkan hubungan di antara institusi dengan pihak luar.
Sebagai ‘kiosk maklumat’ di antara institusi dan industri.
Hubungi UPLI:
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
No. 2 , Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka
Tel : 06- 3376042 / 6035 Fax : 06- 3376042
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Muka Hadapan Laporan Akhir Latihan Industri
KERJAYA
PENGENALAN
-Unit Kerjaya merupakan salah satu bahagian di dalam CISEC.
-Unit Kerjaya diwujudkan kerana untuk membantu dan turut serta dalam program-program kebolehpasaran dan hala tuju kerjaya pelajar sepanjang pengajian di PMK.
-Unit Kerjaya juga menyediakan khidmat nasihat untuk pelajar PMK ke Unit Kerjaya untuk tujuan khidmat nasihat atau khidmat rujukan berkaitan kerjaya.
-Unit Kerjaya akan menjadi pemudahcara program yang berkaitan kerjaya diperingkat politeknik atau jabatan.
OBJEKTIF
1) Menyediakan perkhidmatan kepada pelajar yang memerlukan bantuan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera
2) Memperkembangkan perkhidmatan kerjaya untuk kepentingan dan keperluan graduan untuk para majikan
3) Membantu penempatan kerjaya graduan dengan mengiklankan atau mewar-warkan syarikat/agensi yang bersesuaian
4) Membantu pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian
PERANAN UNIT KERJAYA
- Unit Kerjaya berperanan:
1) Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya dan persediaan graduan di alam pekerjaan
2) Penyebaran maklumat kerjaya di IPTA/S
Bagi graduan PMK atau pencari kerja di sektor KERAJAAN boleh melayari : http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma
Saluran Komunikasi Kerjaya
Internet
Pelajar harus menjadikan internet sebagai sebahagian daripada strategi pencarian kerja. Jika bukan tempat yang terbaik untuk mencari peluang kerja, internet masih menyediakan pelbagai faedah kerana enjin cariannya menyediakan sumber maklumat pekerjaan yang hebat. Internet menyediakan maklumat mengenai pekerjaan termasuk penyediaan resume yang berkesan, teknik menghadiri temu duga, surat iringan, surat ucapan terima kasih serta tip mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman sesawang di internet negara ini yang menyediakan senarai pekerjaan yang boleh dilayari. Antara yang boleh dilayari termasuk www.graduan.com.my, www.star-jobs.com, dan https://www.myfuturejobs.gov.my
Media massa
Terdapat kepelbagaian media massa samada media cetak mahupun elektronik yang beroperasi di negara ini. Puluhan surat khabar, ratusan majalah serta banyak sekali saluran televisyen dan radio yang boleh dipilih. Agensi awam atau syarikat swasta di negara ini lazimnya mengiklankan jawatan kosong dalam akhbar arus perdana setiap hari. Pelajar boleh memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan. Oleh itu, untuk tidak ketinggalan harus melihat dan membaca akhbar setiap hari khususnya hujung minggu. Terdapat banyak jawatan kosong diiklankan dalam akhbar-akhbar dan pelajar boleh memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan.
PERKESO
Selain di atas, saluran komunikasi pekerjaan yang boleh diterokai untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan ialah di web PERKESO. Kemudahan internet membolehkan jabatan ini melaksanakan penjodohan pekerjaan secara 'online' untuk pencari pekerja memperoleh pekerjaan yang sesuai. Bakal majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Jabatan ini menggunakan alamat laman web https://www.perkeso.gov.my untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
SPA sangat popular dalam kalangan lulusan universiti yang berminat menyertai perkhidmatan awam di negara ini.Oleh itu,jika berminat pelajar boleh mendaftar terus ke suruhanjaya itu melalui laman webnya iaitu http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma. Pelajar boleh melihat senarai jawatan yang dirawarkan dan mengisi borang permohonan. Langkah itu bertujuan memberi kemudahan kepada pencari kerja khususnya pelajar PMK serta menyegerakan proses permohonan jawatan yang dikendalikan oleh SPA yang jumlahnya begitu banyak meliputi pelbagai peringkat jawatan.
Program latihan amali/latihan industri
IPT awam dan swasta kini mewajibkan pelajar mereka menjalani latihan amali atau latihan industri di organisasi dan industri di organisasi dan industri berkaitan untuk satu tempoh tertentu. Lazimnya, tempoh latihan di antara 20 minggu bagi pelajar PMK. Ketika tempoh itu, pelajar berpeluang mempelajari dan menimba ilmu serta pengalaman berkaitan bidang tugas organisasi itu. Pentingnya program itu, Kementerian Pengajian Tinggi menggesa syarikat swasta memberi sokongan kepada Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi yang dilihat mampu pembentukan bakat kerja sekali gus memperkasakan modal insan di negara ini.
Temu duga terbuka
Temu duga secara terbuka(walk-in) ialah satu daripada cara untuk mendapatkan pekerjaan. Cara itu memerlukan usaha yang lebih apabila pelajar terpaksa pergi dari satu syarikat ke satu syarikat bertanyakan kerja yang sesuai. Jika bernasib baik, mungkin syarikat pertama yang pelajar pergi terus menemuduga dan menawarkan pekerjaan kepada anda. Bagaimanapun, jika gagal sekurang-kurangnya memberi pengalaman kepada pelajar mengenai bagaimana sesi temu duga kerja dijalankan. Menariknya,temu duga terbuka itu bukan sahaja dilakukan oleh syarikat swasta, malah sektor awam juga berbuat demikian.
Agensi pekerjaan
Agensi pekerjaan berfungsi membantu majikan untuk mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan pencari pekerja khususnya lulusan institusi pengajian tinggi(IPT). Lazimnya, agensi itu akan mengiklankan jawatan yang diperlukan di akhbar atau laman web. Agensi itu boleh dicapai dengan melayari laman web mereka.
Temuduga di kampus
Bakal graduan yang akan menamatkan pengajian di PMK berpeluang untuk ditemu duga oleh bakal majikan. Agensi akan datang ke kampus untuk menemu duga pelajar. Terdapat majikan yang mengadakan sesi temu duga secara tetap dari semasa ke semasa khususnya pada akhir sesi pengajian bagi mencari calon yang layak dan sesuai. Oleh itu, pelajar tahun akhir perlu mengambil kesempatan dan peluang sebegini untuk mendaftarkan diri dan hadir temuduga. Mungkin tuah menyebelahi anda. Dalam konteks ini pelajar PMK cukup bertuah kerana ada majikan sanggup pergi ke kampus mengendalikan temu duga kerja. Dengan kata lain, kerja mencari pelajar. Apa yang perlu dilakukan ialah bersiap sedialah merebut peluang itu.
Pengambilan semasa hari kerjaya
Dari semasa ke semasa , PMK serta IPT, Kementerian Sumber Manusia dan persatuan perniagaan menganjurkan hari kerjaya dengan menjemput bakal majikan membuka gerai dan kaunter pameran. Pelajar PMK berpeluang bertemu dengan wakil agensi yang mengambil bahagian di lokasi setempat. Wakil agensi juga dapat bertemu dengan pemohon kerja yang ramai dalam tempoh sehari sehingga tiga hari. Agensi biasanya akan menjalankan sesi temu duga kerja dan tentunya usaha itu memudahkan pelajar dan majikan kerana dapat menjimatkan masa dan kos. Jika berminat pelajar perlu bersiap sedia dengan dokumen penting seperti sijil akademik, rsume, sijil kokurikulum serta pakaian yang sesuai untuk menghadiri sesi temu duga itu.
Tujuan Berkerjaya
Faktor faktor tersebut:
- Keupayaan, minat dan sifat individu dan sifat peribadi
- Mengenalpasti bidang pekerjaan yang ada dan syarat syarat yang dikehendakki
- Mempunyai kebolehan dalam sesuatu pekerjaan
- Mempunyai darjah minat yang tinggi terhadap aktiviti pekerjaan
- mempunyai keupayaan untuk mendapatkan kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi
Daripada analisa setiap individu dipengaruhi beberapa objektif apabila menceburi sesuatu pekerjaan. Antaranya:
- Mencari sumber pendapatan - Setiap individu yang ada keupayaan dan berkelayakan harus bekerja untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara diri, ibu bapa dan keluarga
- Memenuhi minat - graduan mencari pekerjaan kerana memenuhi minat peribadi yang telah lama tertanam. Bagaimanapun, ada individu yang minat selepas ia melaksanakan tugas
- Menguji kebolehan - Bekerja bertujuan menguju kebolehan dan keupayaan yang ada
- Mencari kepuasan - Terdapat individu yang bekerja semata-mata untuk mencari kepuasan dalam hidupnya. Dia akan puas dengan tugasnya walaupun pendapatan tidak seberapa.
- Sokongan sosial - Setiap pekerjaaan akan mempertemukan pelajar dengan individu-individu yang memiliki pelbagai latarbelakang. Persekitaran bekerja memberi sokongan sosial dan emosi pada pekerja pekerja
- Identiti dan harga diri - Tidak dapat dinafikan bahawa pekerjaan yang diceburi akan membentuk identiti seseorang. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa pekerjaan mengkategorikan individu di miliki oleh kumpulan atau organisasi tertentu. Persekitaran kerja yang kondusif dan positif membuatkan pekerja berasa dimiliki atau dipunyai oleh kumpulan tertentu. Kepuasan dalam pekerjaan berkait rapat dengan peningkatan nilai harga diri seseorang individu
- Mencari kedudukan - Faktor ini dilihat menjadi penyebab mengapa seseorang perlu bekerja. Pekerjaan yang dilakukan dilihat amat penting dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Amir Awang(1983) berpendapat pemilihan kerjaya penting kerana dapat menentukan taraf dan kedudukan dalam strata kehidupan bermasyarakat.
- Memberi sumbangan - memberi sumbangan kepada negara termasuk meningkatkan produktiviti, kemajuan dan kemakmuran negara tanpa mengira apa jenis pekerjaan yang diceburi. Samaada seseorang itu eksekutif , pengurus, jurutera, guru, polis jururawat, pemandu teksi atau petani , semuanya memberi sumbangan kepada negara.
- Memenuhi tuntutan agama - Agama Islam dan ajaran lain menuntut penganut masing masing supaya bekerja dan mencari rezeki di atas bumi ini bagi meneruskan kehidupan . Bekerja itu satu ibadah. Allah SWT amat suka kepada makhluk- Nya yang bekerja dan tidak suka kepada mereka yang menganggur. Dengan bekerja dan mempunyai wang bakal graduan berupaya untuk memberi sumbangan dan hadiah kepada orang lain yang memerlukan, di samping berbelanja ke jalan Allah SWT, zakat,menunai fardu haji dan ibadat korban.
Resume
Penulisan harus mengikut urutan masa, sebaik-baiknya yang terkini didahulukan. Resume harus di tulis dalam bahasa inggeris kerana pihak swasta mengutama bahasa tersebut. Suka diingatkan supaya tidak memalsukan atau mengada adakan sebarang maklumat. Sebagai panduan berikut contoh resume:
FotoNama
No kp
Alamat
No Tel
Emel
Tarikh lahir
Jantina
Umur
Status perkahwinan
Warga negara
Status kesihatan
Pendidikan
Pengalaman bekerja
Anugerah dan pencapaian
Aktiviti
Kemahiran khusus
Penyokong
Persediaan Menghadiri Temuduga
1.Pengetahuan
a. Pengetahuan mengenai organisasi calon perlu membuat sedikit kajian bagi mendapatkan maklumat dan membaca mengenai organisasi yang mungkin menjadi majikan. Calon perlu tahu latar belakang atau profil organisasi, pengurusan tertinggi, bentuk operasi, jenis keluaran, maklumat kewangan di samping cabaran yang dihadapi.Pengetahuan itu memberi kelebihan dan menunjukkan calon amat berminat dengan organisasi itu kerana mengetahui banyak perkara mengenainya.
b. Pengetahuan mengenai kerja yang dipohon-calon perlu tahu bidang tugas dan waktu kerja yang dipohon. Sebelum menghadiri temu duga, cuba hubungi pihak majikan untuk mendapatkan maklumat kerja yang bakal dipohon. Misalnya, tugas dan tanggunjawab yang diperlukan oleh eksekutif untuk jawatan yang dipohon. Persediaan itu banyak membantu calon semasa sesi temu duga.
c. Pengetahuan am- Calon perlu bersedia dengan pengetahuan am dan perkembangan semasa termasuk berkaitan ekonomi, politik, sosial dan antarabangsa. Hal ini demikian kerana calon mungkin tidak menyangka pihak penemu duga bertanyakan soalan pengetahuan am, dengan tujuan menguji samada calon prihatin dan mengambil tahu tentang perkembangan semasa atau sebaliknya.
2.Penampilan diri
Faktor ini amat penting dan sering diberi perhatian oleh bakal majikan. Ingatlah penampilan ialah tanggapan pertama orang lain terhadap calon. Tanggapan pertama majikan terhadap calon adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi keputusan pengambilan kerja yang dipohon. Oleh itu, berilah perhatian mengenai penampilan diri sebelum menghadiri temu duga. Berambut pendek bagi lelaki di samping kemaskan wajah seperti misai dan kumis agar kelihatan segak dan tampan.
Bagi wanita yang tidak bertudung pula, guntinglah rambut jika perlu supaya nampak lebih rapi, anggun dan menawan. Selain itu, pastikan kuku dan gigi kelihatan bersih dan cantik. Faktor itu memberi gambaran peribadi bahawa calon seorang yang tahu mengurus diri serta pentingkan kekemasan dan kebersihan diri. Kenakan pakaian yang difikirkan sesuai dan terbaik bagi calon.
3.Memfail sijil dan dokumen
Semua sijil dan dokumen penting termasuk skrol diploma ,transkrip keputusan peperiksaan, sijil kokurikulum dan sijil kelahiran perlu dimasukkan ke dalam folder. Usaha itu menggambarkan bahawa calon ialah seorang yang kemas, teliti dan sistematik, malah mudah dibawa serta memudahkan pihak penemu duga menyemak sijil dan dokumen itu. Bawa bersama-sama beberapa salinan resume sebagai persediaan jika diminta oleh penemu duga.J angan lupa, bawakan surat panggilan temu duga sebagai bukti calon dipanggil oleh bakal majikan.
4.Semak keperluan temu duga sebelum pergi
Calon perlu menyemak semua bahan, peralatan dan folder yang mengandungi sijil dan dokumen penting agar tiada yang tertinggal. Jika tetinggal menyebabkan calon tidak tenteram, tidak selesa serta mengganggu fikiran semasa ditemu duga. Jika kurang bernasib baik, akan ditanya oleh penemu duga tentang sijil atau dokumen yang tetinggal itu.
SAMBUNG PENGAJIAN
Pelajar PMK yang berminat untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi boleh melayari laman web berikut untuk melihat syarat-syarat kemasukan.
IPTA
1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - http://www/utm.edu.my
2. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - http://www.usm.my
3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - http://www.ukm.my
4. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - http://www.upm.edu.my
5. UNIVERSITI MALAYA - http://www.um.edu.my
6. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA - http://www.iium.edu.my/cfs
7.UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - www.hea.edu.my
8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK - http://www.unimas.my
9.UNIVERSITI MALAYSIA SABAH - http://www.ums.edu.my
10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SHAH - http://www.upsi.edu.my
11. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA - http://www.uitm.edu.my
12. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU - http://www.umt.edu.my
13. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA - https://www.utem.edu.my
14. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA - http://www.usim.edu.my
15. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA - http://www.utem.edu.my
16. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG - https://www.ump.edu.my
17. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS - http://unimap.edu.my
18. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN - http://www.unisza.edu.my
19. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN - www.umk.edu.my
20. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA - http://www.upnm.edu.my
KOLABORASI
Program jaringan kerjasama antara JPPKK, Politeknik atau Kolej Komuniti dengan kementerian, agensi atau institusi serta industri dalam negara boleh dilaksanakan melalui Sijil Kerjasama, Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian manakala bagi program jaringan kerjasama luar negara, ianya boleh dilaksanakan melalui Agreed Minutes of Meeting, Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian.
Dokumen-dokumen kerjasama bagi program jaringan kerjasama dikategorikan seperti berikut:
1. Sijil Kerjasama / Certificate of Collaboration (CoC)
2. Agreed Minutes of Meeting (AMM)
3. Memorandum Persefahaman (MoU)
4. Memorandum Perjanjian (MoA)
Matlamat berkolaborasi untuk memfokus kepada perhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi dalam mewujudkan peluang kerjaya, penyelidikan dan inovasi serta COT dan sebagainya. Hubungan halatuju PMK fokus kepada 3 model kolaborasi industri iaitu industry engagement’, ‘industry collaboration’ dan ‘collaborative outcome’.
Kolaborasi berimpak tinggi boleh dicapai melalui program-program berikut:
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Melaka untuk tempoh 2024 hingga 2026 :
Berikut adalah senarai Rakan Industri Politeknik Melaka dari tahun 2021 hingga 2023:
PENGESANAN GRADUAN
Pengesanan Graduan ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan pendidikan. Kajian Pengesanan Graduan adalah inisiatif yang dilaksanakan bagi mendapat gambaran sebenar berkaitan dengan dunia pekerjaan graduan seperti tahap kebolehdapatan kerja, kebolehpasaran graduan, job trend dan job mobility. Maklumat ini penting dalam membantu KPT menggubal polisi dan merancang program yang lebih bertepatan dalam membangunkan modal insan negara.
Peranan
• Menjalankan kajian secara online melalui lawan web: http://graduat.mohe.gov.my
• Mewujudkan satu pangkalan data yang komprehensif mengenai profil graduat yang boleh menyimpan dan digunakan untuk jangka masa yang panjang.
• Mengumpul dan menguruskan data yang diperlukan kepada Urusetia Pengesanan Graduan JPP.
• Menganalisa data dan menyediakan laporan Pengesanan Graduan Politeknik Melaka.
• Menjalankan kajian susulan (kerjasama dengan Unit Alumni).
1L5G
Pengenalan
- PROGRAM 1L5G (1 LECTURER FOR 5 GRADUATED STUDENT)
Merupakan salah satu dari program kebolehpasaran bagi mencapai sasaran peratusan kebolehpasaran 90% graduan POLITEKNIK MALAYSIA. Setiap graduan akan diselia oleh seorang pensyarah mentor untuk mengetahui status semasa graduan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian di Politeknik.Semua graduan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada pensyarah mentor berkenaan status semasa graduan pada setiap akhir bulan seperti berikut
i) Bekerja
ii) Belum Bekerja
iii) Menunggu Penempatan ( seperti pelajar tajaan )
iv) Usahawan
v) Lanjut pengajian
Kerjasama daripada semua graduan amatlah diperlukan dalam usaha untuk meninggikan lagi status Politeknik disamping membantu para graduan mendapatkan info dan maklumat berkaitan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dari semasa ke semasa
HUBUNGI
WAKTU OPERASI CISEC
ISNIN – KHAMIS | 8.00 pg – 5.00 ptg |
JUMAAT | 8.00 pg – 12.15 tgh hari |
2.45 ptg – 5.00 ptg | |
SABTU & AHAD | TUTUP |
CUTI UMUM | TUTUP |
Hubungi dan pertanyaan:
CISEC POLITEKNIK MELAKA
No. 2, Jalan PPM 10,
Plaza Pandan Malim,
75250 Melaka
Tel = 06-3376292/6035
Fax = 06-3376042/6007
{/tab LAIN-LAIN}