como crear una pagina web

Oleh: Muhamad Faiz Jofri

Politeknik Melaka, 14 Ogos 2025 – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Melaka (PMK) telah menerima lawatan rasmi Panel Penilai Luar yang diketuai oleh Ir. Profesor Madya Dr. Raja Izamshah bagi tujuan Audit Akreditasi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Audit dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan majlis pembukaan bersama Pengurusan PMK di Bilik Persidangan disusuli sesi minum pagi. Seterusnya, Ketua Jabatan dan Ketua Program Kejuruteraan Mekanikal telah membuat pembentangan serta sesi temubual bersama panel penilai. Audit diteruskan dengan semakan dokumen oleh pemegang PIC Kriteria diikuti semakan FRP dan FPK Pensyarah (PdP) yang dipilih oleh panel. Pada sebelah tengah hari, sesi rehat dan makan tengah hari telah diadakan sebelum audit bersambung semula pada jam 2.15 petang. Sesi petang dimulakan dengan temubual pelajar dari Semester 1 hingga Semester 5 yang telah dipilih oleh jabatan, diikuti sesi bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PMK. Panel turut mengadakan sesi temubual bersama pensyarah yang dipilih oleh jabatan pada jam 3.45 petang. Audit hari pertama berakhir dengan sesi minum petang dan bersurai pada jam 4.30 petang di War Room JKM. Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, audit akreditasi ini merupakan proses penting dalam menilai keberkesanan pelaksanaan program serta memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan menepati piawaian Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas