Jawatankuasa Pemerkasaan Dan Kecemerlangan Akademik (PeKA)
Pengenalan
PENGENALAN PeKA
PeKA adalah singkatan kepada Jawatankuasa Pemerkasaan dan Kecemerlangan Akademik Politeknik Melaka, cetusan idea daripada Pengarah PMK ke 9 iaitu En Zaidi Bin Othman. Jawatankuasa PeKA mula Ditubuhkan
pada Disember 2024 dan berkuatkuasa pada 02 Januari 2025 dan diketuai oleh seorang Ketua Sekretariat iaitu Hj. Zamali Bin Omar.
JK Peka dibahagikan kepada LIMA (5) Kluster iaitu:
1.Pengurusan Pendidikan Tinggi – Dr. Rosnani Binti Affandi
2.Jaminan Kualiti – Hadijah Binti Kodiron
3.Kelestarian Institusi – Ts. Mohd Hafiz Bin Hashim
4.Tadbir Urus – Siti Salbiah Binti Ahmad Sharif
5.TVET - Mohd Nordin Bin Mohd Jani
Objektif utama PeKA adalah untuk menyokong kepada Pelan Transformasi dan Pelan Strategik Politeknik Melaka. Program/Aktiviti dilaksanakan disusun mengikut kluster yang ditetapkan berdasarkan kepada garis panduan yang telah diberikan. Terdapat 26 JK PeKA yang diketuai oleh seorang pengerusi yang telah dilantik dalam tempoh 2 tahun.
Objektif Peka adalah:
1.Memanafaatkan dan memberikan peranan setiap pegawai mengikut kesesuaian dengan gred
2. Menstruktur dan menyusun setiap aktiviti/program/projek mengikut kluster
3. Pemantauan dan pengurusan program/aktiviti lebih tersusun, kemas dan sistematik
4. Maklumat setiap program/aktiviti mudah untuk dicapai
5. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kepimpinan pegawai
6. Memudahkan pegawai untuk proses kecemerlangan (kepimpinan/mentoring/coaching/pemudahcara dan sebagainya)