PENGENALAN
KELAB KEBAJIKAN STAF POLITEKNIK MELAKA telah ditubuhkan di Politeknik Melaka dan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan staf Politeknik Melaka. Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk menjaga kebajikan staf dan juga mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kelab melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Berikut dilampirkan Perlembagaan Bagi Pertubuhan Induk Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka (KKSPMK) (PPM-001-04-01042019)
Tujuan pertubuhan adalah seperti berikut:
- Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
- Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara.
- Mengadakan program yang memberi faedah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di kalangan kakitangan Politeknik Melaka.
CARTA ORGANISASI KKS PMK 2023-2024
CARTA ORGANISASI KELAB KEBAJIKAN STAF POLITEKNIK MELAKA 2023 - 2024
LOGO KKS
LOGO KKSPMK
KETERANGAN LOGO
Logo Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka (KKSPMK) bertemakan "Semangat Nasionalis (Kecintaan) terhadap Politeknik Melaka (PMK)" untuk merealisasikan visi dan misi politeknik
KETERANGAN REKA BENTUK
Bentuk piramid yang berwarna oren dan hitam menggambarkan penyatuan dan perpaduan semua staf akademik dan sokongan PMK dalam mencapai satu misi dan visi kejayaan PMK
Piramid wujud daripada gabungan orang melambangkan setiap warga PMK memerlukan antara satu sama lain dan memerlukan perhatian dalam menjaga kebajikan mereka tidak kira dari segi apa sekalipun.
Lambang orang menggambarkan staf PMK yang aktif dalam lapangan kebajikan, kesukanan, kebudayaan, rekreasi dan lain-lain.
KETERANGAN WARNA LOGO
Warna logo diambil bersempena warna logo Politeknik Melaka iaitu warna merah hati, kuning, kelabu dan putih. Warna yang berbeza dalam lakaran manusia menggambarkan pelbagai ragam manusia yang sebenarnya dapat disatukan dalam Kelab Kebajikan Staf Politeknik Melaka (KKSPMK)
AKTIVITI KKS PMK
TAHUN |
AKTIVITI |
Gambar |
2024 |
Januari
1. Perhimpunan Bulanan Januari (pada 2 Februari 2024)
- kelahiran Staf PMK bulan Januari seramai 16 orang
- staf berpindah ada 2 org a). Hanani HEP b). Azaliza JKE berpindah ke KK Masjid Tanah.
- Staf yang menerima cahaya mata pertama di PMK
a. Pn Habibah
- Utk staf yang dimasukkan ke wad :
a) En Muhammad Zaki JP yang menjalani Operation Mata pada 17 Jan 2024
b) Khairul Effendi bin Mokhtar (pemandu) telah dimasukkan ke hospital KPJ Muar kerana masalah kesihatan
2. Edaran Collar Pin Jubli Perak PMK (sumbangan KKS) untuk seluruh staf PMK
3. Aktiviti route to Jubli Perak. Jumlah sumbangan sebanyak RM200 bagi Majlis pelepasan /ketibaan konvoi motosikal PMK Melaka/ Negeri Sembilan.
4. Sumbangan kepada staf yang kehilangan ahli keluarga:
a) Puan Rabiah dari Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) yang kehilangan ayahanda pada 7 Januari 2024
b) En Hazuwan bin Mohamed, Pembantu Tadbir di Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan yang kehilangan ayahanda tercinta pada 2 Januari 2024
c) Pn Noraziah Unit Kewangan yang kehilangan ayahanda tercinta pada 2 Januari 2024
Februari
Mac
April
|
|
Mei
28 Mei 2024: Mesyuarat Perbincangan Prog Korban Kelompok anjuran KKS PMK
9.00 pg di Bilik Persidangan
AGENDA - Kata Aluan Pengerusi - Perbincangan Prog Korban - Hal-hal lain
|
|
2023 |
|
|
14 Februari 2022 |
1. Majlis Bacaan Yasin Peringkat PMK
|
|
2022 |
2. Sumbangan COVID kepada staf-staf yang dikuarantin kerana Positif Covid
|
|
2022 |
3. Misi Bantuan Banjir
|
|
2022 |
4. Sumbangan Khairat Kematian
|
|
2022 |
5. Lawatan ke MAEPS Serdang sempena Pameran MAHA 2022
|
|
2022 |
6. Projek Jual Air Mineral
|
|
2022 |
7. Car Boot Sale (Isnin & Selasa)
|
|
2022 |
8. Jamuan Makan Majlis Apresiasi Staf
|
|
2022 |
9. Program 10,000 Langkah Warga PMK Sihat
|
|
2022 |
10. Pertandingan Chess
|
|
2022 |
11. Bubur Lambuk
|
|
2022 |
12. Bacaan Surah Yaasiin
|
|
2022 |
13. Sumbangan Kecemerlangan SPM
14. Hadiah Staf Berpindah
|
|
2022 |
15. Majlis Iftar & Terawih PMK 2022
|
|
2022 |
16. Jamuan Hari Raya PMK 2022 & Mesy Agong Tahunan KKS
|
|
2022 |
17. Majlis Takbir Aidil Adha Warga PMK
|
|
2022 |
18. Hadiah ulangtahun staf
|
|
2022 |
19. Sumbangan Pembelian LCD bagi kegunaan staf PMK
20. Membuka Kaunter Tabung Haji
21. Kaunter Pembayaran Zakat
22. Perkongsian Ilmu Cuepacs Care
23. Pemeriksaan Kesihatan bersama KPJ
|
|
KELEBIHAN AHLI KKSPMK
Terdapat beberapa kelebihan menjadi Ahli Kelab Kebajikan Staf di Politeknik Melaka, antaranya adalah :
- Sumbangan khairat kematian yang akan dibayar kepada waris atas kematian ahli atau kepada ahli sendiri atas tanggungan yang terdekat iaitu sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
- Sumbangan hadiah atau wang tunai bernilai RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) yang akan diberikan kepada ahli kelab yang berkahwin kali pertama di PMK bagi yang bujang/duda/janda
- Sumbangan hadiah atau cenderahati untuk Pegawai Bertukar atau Bersara iaitu akan diberikan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
- Sumbangan wang tunai sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) kepada ahli kelab yang mengalami bencana alam.
- Bagi ahli kelab yang sakit atau kemasukan wad akan diberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja).
- Sumbangan hadiah atau wang tunai bagi anak-anak ahli kelab yang cemerlang dalam peperiksaan kerajaan iaitu UPSR, PT3, SPM dan STPM adalah sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) maksimum 10A dan RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) minimum 5A.
- Sumbangan hadiah atau wang tunai sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) kepada ahli kelab yang mendapat cahaya mata pertama di PMK.