MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT PROGRAM (JKP) DJK JKE PERKUKUH HUBUNGAN INDUSTRI KE ARAH TVET BERIMPAK TINGGI
Melaka, 29 Julai 2025 – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (JKP) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) bertempat di Bilik Mesyuarat JKE.
Mesyuarat ini merupakan platform strategik dalam mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak industri mahupun akademia bagi memperkasa pelaksanaan program TVET sejajar dengan kehendak semasa pasaran kerja. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pn. Ameelia Ibrahim, turut dihadiri oleh pihak industri termasuk KRC Electronic, Triple-C Lightning Enterprise, Supreme Didactic Sdn. Bhd. dan akademia daripada UTeM.
JKP memberikan maklum balas positif terhadap kesesuaian dan pencapaian PEO program DJK yang berjaya melahirkan graduan kompeten dan bersedia ke alam pekerjaan. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dikemukakan, pihak industri menyatakan komitmen untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan pelajar melalui latihan industri, termasuk pembangunan pensijilan bersama industri, pemantapan kemahiran insaniah serta usaha membudayakan TVET sebagai kerjaya pilihan utama. Mesyuarat ini sekali lagi membuktikan bahawa kerjasama erat antara institusi TVET dan industri adalah kunci kepada penghasilan graduan yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal, malah memiliki nilai tambah yang diperlukan dalam ekosistem pekerjaan masa kini.
JKE Politeknik Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli JKP atas sumbangan idea, masa dan komitmen dalam usaha bersama ke arah memperkukuh pendidikan TVET negara.