Pengenalan
PENGENALAN
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) merupakan sebuah jabatan sokongan akademik yang terdiri daripada tiga buah unit iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kesukarelawan dan Unit Pengurusan Psikologi. Jabatan ini bertanggungjawab didalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan, disiplin, aktiviti pelajar dan pembangunan sahsiah pelajar.
OBJEKTIF KUALITI
1.Menganjurkan sekurang-kurangnya dua puluh (20) program kemahiran insaniah dalam setahun.
2.Menyertai sekurang-kurangnya empat (4) program sukarelawan peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam setahun.
PIAGAM PELANGGAN
1.Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar pengajian.
2.Kad pelajar disediakan selewat-lewatnya satu minggu daripada tarikh pelajar mendaftar pengajian.
3.Perkhidmatan kaunter yang mesra serta urusan permohonan dokumen selesai dalam tempoh 7 hari bekerja.
Carta Organisasi
Unit Hal Ehwal Pelajar
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Melaka.
A) PENGURUSAN PENGAMBILAN & DATA
Fungsi bahagian Pengambilan & Data adalah seperti berikut:-
a) Mengurus proses permohonan kemasukan ke politeknik
b) Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar semasa
c) Menyediakan & menguruskan kad matrik pelajar
d) Menyimpan & menyelenggara rekod data pelajar (fail peribadi)
e) Mengurus permohonan pergerakan pelajar. (pertukaran program/pertukaran politeknik/penangguhan/pertukaran jenis program dan pemberhentian pengajian) **
f) Menjalankan aktiviti promosi dan outreach kemasukan ke Politeknik Melaka
Buku Panduan Pelajar 2023 < ---- klik
Buku Garis Panduan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka Edisi 1 (2020) <--- klik
B) PENGURUSAN KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN PELAJAR
Fungsi Kebajikan & Pembangunan Pelajar adalah seperti berikut:-
1) Membantu pelajar berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan pelajar.
2) Menguruskan insurans kelompok pelajar
3) Membantu pelajar didalam hal-hal berkaitan penginapan pelajar.
4) Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), serta kelab dan persatuan yang ditubuhkan di Politeknik Melaka.
Buku Panduan Pelajar 2023 < --- klik
Buku Garis Panduan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka Edisi 1 (2020) <--- klik
C) PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Semua pelajar Politeknik Melaka (PMK) adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PMK dari semasa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di PMK diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu.
Pelajar yang melanggar peraturan tatatertib yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar di talian berikut:
Tel: 06-3376058
Buku Panduan Pelajar 2023 < ---- klik
Buku Garis Panduan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Melaka Edisi 1 (2020) <--- klik
Unit Sukarelawan
Sukarelawan Pelajar merupakan agen meransang pemikiran warga Politeknik Melaka untuk menyalurkan elemen-elemen positif diri melalui program berbentuk Social Innovation (SI). Politeknik Melaka merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai pelbagai kekuatan yang boleh disumbangkan kepada komunti setempat, daerah, negeri dan negara seterusnya peringkat antarabangsa.
Bahagian Sukerelawan adalah di bawah naungan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP), yang diselaraskan oleh Puan Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff sebagai Pegawai Sukarelawan Politeknik Melaka
Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh unit ini samada menganjur, menyertai dan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan bukan kerajaan. Unit ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang menyokong program sukarelawan mahasiswa, termasuk Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Sekreteriat Rukun Negara dan kerajaan Negeri Melaka.
Sehubungan itu aktiviti berbentuk aktiviti sukarelawan/ Social Innovation ini wajar diteruskan bagi membentuk insaniah yang berjiwa kental mental dan fizikal demi kepimpinan generasi akan datang
Unit Pengurusan Psikologi
Unit Pengurusan Psikologi merupakan unit di bawah Perkhidmatan Sokongan Akademik dan berada di bawah penyeliaan Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar.
Unit Pengurusan Psikologi berfungsi dalam menyedia, mengurus dan melaksanakan hala tuju perkhidmatan kaunseling dan psikologi berdasarkan empat pendekatan aplikasi psikologi :
- Aplikasi psikologi dalam penilaian personel
- Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel
- Aplikasi penyelidikan psikologi
- Aplikasi psikologi dalam intervensi
Aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia merupakan aktiviti yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu di tempat kerja. Aktiviti yang dijalankan merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan. Ia meliputi penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi. Seterusnya ia dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni serta memastikan organisasi menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga kerja yang berdaya saing.