Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Latihan atau Kursus dalam Perkhidmatan dan Pendidikan Lanjutan bagi staf agar staf mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pengurusan yang efektif.
Aktiviti yang dijalankan adalah merangkumi semua jabatan-jabatan dan unit-unit. Pelaksanaan semua aktiviti dibantu oleh ahli jawatankuasa yang dilantik dari setiap jabatan dan bertindak sebagai penyelaras program jabatan masing-masing (Penyelaras Latihan Staf Jabatan).
ULPL bertanggungjawab di dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Melaka (PMK) ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan jesteru memastikan setiap kakitangan menjalani latihan sekurang-kurangnya 3 hari dalam setahun.
Selain itu, ULPL juga bertanggungjawab untuk melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) seperti Kursus PPK, CPCM dan EEP sepanjang tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi staf di setiap politeknik.
Objektif dan Fungsi
Objektif ULPL ialah memastikan kakitangan Politeknik Melaka kompeten melalui pengurusan latihan yang sistematik.
Fungsi ULPL:
- Merancang, menguruskan dan melaksanakan latihan dalaman dan luaran kepada staf
- Merancang dan melaksanakan Program Latihan Sangkutan Pensyarah ke Industri (SIP)
- Menguruskan dan menyelaras Program Pembelanjaran Sepanjang Hayat (PSH)
- Menguruskan urusan pendidikan lanjutan staf
- Menguruskan pelajar praktikal dari dalam dan luar yang memohon di Politeknik Melaka
- Membantu dalam urusan Urusetia Majlis TVET Negeri Melaka
- Urusetia Validasi dan Temuduga Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
Carta Organisasi
Kemudahan dan Fasiliti
Kemudahan dan Fasiliti
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Melaka turut menyediakan kemudahan fasiliti kepada staf dan pihak luar untuk menjalankan kursus/seminar seperti berikut :-
1. Bilik Seminar
- Lokasi di aras 2, lot 47, PMK
- Kegunaan untuk mengadakan kursus/seminar/latihan/ceramah
- Kapasiti boleh menampung seramai 33 orang
- Mempunyai kemudahan ruang solat dan ruang makan
- Kemudahan lain yang disediakan adalah skrin putih, conference flip chart, white board, LCD projektor, dan set audio
2. Makmal e-Learning
- Lokasi di Aras 1, Lot 69, PMK
- Kegunaan untuk mengadakan kursus/latihan secara komputer
- Kapasiti boleh menampung seramai 40 orang
- Kemudahan yang disediakan adalah seperti komputer, LCD Projector dan Conference flipchart
Untuk sebarang tempahan sila hubungi : 06-337 6117 (Pejabat ULPL)
Hubungi Kami
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL)
Politeknik Melaka
No.2 Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim
75250 Melaka
Maklumat Kakitangan :
Bil. |
Nama |
Jawatan |
Samb. No. Tel
(06-337 6000)
|
Emel |
1.
|
Muhammad Subhi bin Ismail
|
Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan DH42
|
6027
|
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
2.
|
Zalifah binti Rashid
|
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
|
6117
|
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
3.
|
Mariam binti Hussain
|
Pembantu Operasi Gred N14
|
6117
|
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
|
Pejabat ULPL
|
|
06-3376027 (Faks)
|
|