PENGENALAN
PENGENALAN
Bahagian Khidmat Pengurusan memainkan peranan penting didalam membantu pengurusan Politeknik Melaka bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan dan mempunyai 3 unit dibawahnya iaitu :-
- Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
- Unit Kewangan
- Unit Aset dan Stor
OBJEKTIF BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Membangunkan sistem pengurusan pentadbiran, sumber manusia(perkhidmatan), kewangan, aset dan stor diPoliteknik Melaka dengan berkualiti, cekap, berkesan dan bersistematik.
OBJEKTIF KUALITI
1. Menerbitkan sekurang-kurangnya enam (6) hasil penyelidikan peringkat kebangsaan dan satu (1) hasil penyelidikan peringkat antarabangsa dalam setahun.
2. Menyertai sekurang-kurangnya dua (2) pertandinagn inovasi peringkat kebangsaan dan satu (1) pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dalam setahun.
3. Mencapai sekurang-kurangnya 30% pelajar lulus penuh dengan HPNM 3.0 dan ke atas.
4. Menganjurkan sekurang-kurangnya lima puluh (50) program kemahiran Insaniah dalam setahun.
5. Mengeluarkan jadual perkuliahan selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum perkuliahan bermula.
6. Memastikan prestasi perbelanjaan peruntukan 'Dasar Sedia Ada' mencapai 99% di akhir tahun.
PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar
2. Proses P&P dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut keperluan ISO 9001:2015
3. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas aduan diterima.
4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester berakhir.
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN
- Menguruskan surat yang diterima dari luar dan dalam
- Menguruskan fail-fail pentadbiran
- Menguruskan penggunaan kenderaan jabatan
- Menguruskan proses sebut harga
- Menguruskan Pentadbiran Am
FUNGSI CAWANGAN SUMBER MANUSIA
- Pengurusan pelantikan, pengesahan jawatan, peperiksaan didalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen
- Pengurusan peletakan jawatan
- Pengurusan kenaikan pangkat
- Pengurusan tatatertib
- Pengurusan persaraan
- Pengurusan pengisytiharan harta
- Pengurusan perjawatan
FUNGSI UNIT KEWANGAN
FUNGSI
- Pengurusan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Kewangan.
- Pengurusan waran / vot / gaji.
- Pengurusan Pengagihan Peruntukan dan pemantauan perbelanjaan.
- Pengurusan Pembayaran (Bil, Emolumen, Tuntutan dan Elaun-Elaun)
- Pengurusan Akaun Amanah
- Pengurusan Akaun Belum Terima(ABT) dan Hapuskira ABT
- Pengurusan Kutipan /Terimaan Hasil / Amanah
- Keurusetiaan JPKA.
- Pengurusan Sistem Perakaunan Makro
- Pengurusan Pesanan Kerajaan.
- Pengurusan Baucar Pembayaran.
- Pengurusan Panjar Wang Runcit.
- Pengurusan Teguran Audit.
- Pengurusan Laporan Perbelanjaan dan Penyesuaian
- Perakaunan Aset
FUNGSI UNIT ASET DAN STOR
FUNGSI UNIT PENGURUSAN ASET
- Menguruskan semua Aset Alih, Aset Hidup, Stor dan Aset Tak Ketara Kerajaan diKementerian/ Jabatan/ PTJ dibawah kawalannya meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan kehilangan dan hapus kira
- Menguruskan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksan, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan Pemverifikasi Stor
- Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), menyelaras Laporan Suku Tahun daripada Politeknik Melaka untuk dibentangkan didalam Mesyuarat JKPAK yang diadakan setiap tiga (3) bulan sekali
- Mendapatkan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih
- Menyediakan dan mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya
FUNGSI UNIT PENGURUSAN STOR
- Mengurus penerimaan, merekod stok, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan dan kebersihan, pelupusan dan kehilangan hapus kira selaras Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM6
- Melaksanakan pengurusan pelantikan Pegawai Stor, Penerima Stok, Pengeluar Stok, Pemeriksa Stok dan Pemverifikasi Stor
- Menyediakan Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor untuk dibentang dalam Mesyuarat JKPAK
- Menyedia dan mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 mac tahun berikutnya
HUBUNGI