Pengenalan
Unit Pembangunan Dan Senggaraan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang melibatkan menaiktaraf dan menyelenggaraan bangunan & infrastruktur politeknik untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna Politeknik Melaka.
Unit Pembangunan Dan Senggaraan mempunyai staf seramai lima orang staf yang terdiri daripada seorang Ketua Unit pembangunan dan Senggaraan (DH44), dua orang Penolong Jurutera Awam (JA29), dua orang Penolong Jurutera Elektrikal (JA29) dan seorang (1) Pembantu Am Pejabat (N4) . Unit ini juga dipertanggungjawabkan dalam penyediaan spesifikasi kerja dan pelan untuk kerja- kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf bangunan Politeknik Melaka bagi memberikan keselesaan pelanggan.
Objektif
- Memastikan bangunan dan segala kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pelanggan Politeknik Melaka.
Misi
1) Memastikan segala kerosakan infrastruktur bangunan dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan
2) Kerja penyelenggaraan berkala berjalan mengikut jadual
3) Kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan kontraktor dipantau dan diselia mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
1) Memastikan bangunan dan segala kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan baik dan selamat
2) Aduan kerosakan dan permasalahan berhubung infrastruktur bangunan diambil tindakan dengan kadar segera
3) Memastikan penyelenggaraan berkala dijalankan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan
4) Memberikan perkhidmatan yang cekap, sistematik dan mesra pelanggan
Perkhidmatan
- Merupakan unit yang memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan dan unit-unit dalam pemeriksaan teknikal yang melibatkan peralatan asset-asset kerajaan di Politeknik Melaka.
- Menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kecil di bangunan & infrastruktur Politeknik Melaka.
- Menjalankan penyelenggaraan berkala harian/bulanan bangunan dan infrastruktur mengikut zon seperti di Bilik Kuliah, Dewan Kuliah, Pejabat-pejabat, Bilik Pesyarah, Bengkel & Makmal.
- Menjalankan penyelenggaraan & pembaikan sistem mekanikal seperti penyaman udara, sistem pencegahan kebakaran, pam hose rail & pemadam api.
- Menjalankan penyelenggaraan & pembaikan sistem elektrik seperti pendawaian elektrik, lampu, kipas, soket-soket dan peralantan lelektrik.
- Melaksanakan pembaikan kecil kerosakan awam seperti sistem pempaipan dalam tandas, kebocoran paip dan sebagainya.