como crear una pagina web
  1. KEPUTUSAN RASMI 

Tarikh keputusan rasmi Peperiksaan Akhir & Latihan Industri Sesi II:2024/2025 adalah pada 19 Jun 2025 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan. Keputusan boleh disemak melalui laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) iaitu http://spmp.polimelaka.edu.my/ (Perkhidmatan on-line: i-exam). Slip keputusan peperiksaan tidak dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan PMK namun pelajar boleh memuat turun slip keputusan dari laman SPMP.

 

  1. PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN SEMAKAN SEMULA SKRIP JAWPAN SESI II:2024/2025

i. Permohonan rayuan berkenaan keputusan peperiksaan hendaklah dibuat melalui surat rasmi kepada Jawatankuasa Peperiksaan PMK selepas dari tarikh keputusan rasmi iaitu dari 19 JUN 2025 hingga 3 JULAI 2025 . Surat rasmi perlu disertakan disertakan dengan bayaran dalam bentuk kiriman wang atas nama 'Pengarah Politeknik Melaka' berjumlah RM50. Permohonan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan.

 

ii. Permohonan semakan skrip jawapan peperiksaan akhir hendaklah dibuat melalui surat rasmi kepada Jawatankuasa Peperiksaan PMK selepas dari tarikh keputusan rasmi iaitu dari 19 JUN 2025 hingga 3 JULAI 2025 . Surat rasmi perlu disertakan disertakan dengan bayaran dalam bentuk kiriman wang atas nama 'Pengarah Politeknik Melaka' berjumlah RM25 bagi setiap kursus. Permohonan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan.

 

 KEPUTUSAN RASMI RAYUAN SESI II:2024/2025

Tarikh Keputusan Rasmi Rayuan Keputusan Peperiksaan adalah pada 14 Julai 2025.

KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD.

 

  1. PENILAIAN KHAS (PK) SESI II:2024/2025

Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan bermula 14 JULAI 2025 dan keputusan rasmi PK adalah pada 11 OGOS 2025.

 

 

  1. TUNTUTAN TRANSKRIP AKADEMIK

Bagi pelajar semester akhir yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya (Lulus Penuh) hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan transkrip akademik setelah dimaklumkan melalui laman web rasmi PMK. Namun pelajar boleh memuat turun Surat Perakuan Tamat Pengajian & Transkrip sementara melalui laman SPMP selepas tarikh keputusan rasmi penilaian. 

 

Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan urusan peperiksaan boleh hubungi Unit Peperiksaan PMK ditalian 06-3376018/6142.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas