Pengenalan
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK), merupakan satu unit yang menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan yang dihasilkan oleh para pelajar dan staf Politeknik Melaka.
UPIK telah ditubuhkan khasnya untuk mencungkil bakat warga Politeknik Melaka dalam akitiviti penyelidikan dan inovasi sehingga ke tahap pengkomersilan produk reka cipta yang dihasilkan.
Ke arah ini, UPIK telah berusaha untuk menyediakan beberapa platform yang sesuai untuk aktiviti pembentangan kertas penyelidikan dan juga menganjurkan bengkel, kursus, seminar dan pertandingan yang berkaitan dengan produk-produk inovasi hasil pelajar dan staf PMK. Unit ini juga bertanggungjawab untuk membantu menyalurkan produk-produk yang mempunyai potensi ke arah proses pematenan dan pemasaran.
Adalah diharapkan dengan komitmen kami, UPIK akan dapat membantu Politeknik Melaka menjadi pusat penyelidikan, pembangunan, penginovasian dan pengkomersilan yang dapat dicontohi dan mampu bersaing pada peringkat global.
Sebarang masalah dan pertanyaan, hubungi:
Ketua Unit
Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan Politeknik Melaka
No. 2 Jln PPM 10 Plaza Pandan Malim
75250 Melaka.
No Telefon: 06-3376068
No. Fax: 06-3376007
CLIK HERE for ONE STOP Centre UPIK Ihttp://aplikasi.polimelaka.edu.my/inovasi/
PENYELIDIKAN,INOVASI & KOMERSIALAN
A.TATACARA MENJALANKAN PENYELIDIKAN
- Daftar penyelidikan di SYRI http://ppipapps.mypolycc.edu.my/syri/ : Cetakan borang untuk simpanan sendiri
- Mengisi dan menghantar borang maklumat penyelidikan- Lampiran A ( untuk penyelidikan https://drive.google.com/drive/folders/1F3dbV17xGzw4kB-pn6cpK2vdHJSS8gci ke UPIK
TATACARA MENGHADIRI PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN
- Daftar permohonan pembentangan projek kajian/penyelidikan/inovasi di ONE Stop Centre UPIK http://aplikasi.polimelaka.edu.my/inovasi/
- Cetak borang permohonan pembentangan projek kajian/penyelidikan dan hantar kepada Ketua Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialan(KUPIK)
- Membentangkan projek kajian/penyelidikan di seminar kebangsaan/antarabangsa.
- Selepas hadiri pembentangan projek kajian/penyelidikan sila hantar semua dokumen di bawah ke UPIK:
- Salinan muka depan Prosiding/Jurnal dengan NO ISBN/eISBN
- Salinan Kertas Penyelidikan yang lengkap (FULL PAPER)
- Salinan Sijil Pembentangan
B.TATACARA MENGHADIRI PERTANDINGAN INOVASI
- Daftar permohonan Inovasi di ONE Stop Centre UPIK http://aplikasi.polimelaka.edu.my/inovasi/
- Cetak borang permohonan dan hantar kepada Ketua Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialan(KUPIK)
- Menghadiri pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan/antarabangsa
- Selepas hadiri pertandingan, sila hantar dokumen di bawah ke UPIK:
- Salinan Sijil Pertandingan Inovasi
C.TATACARA KOMERSIALAN
- Daftar di MYIPO di link https://iponlineext.myipo.gov.my/SPHI/Extra/Default.aspx?sid=638024827784843120
- Hantar Salinan Sijil MYIPO ke UPIK untuk semakan
- Hantar Surat Pengesahan Penggunaan Produk di Institusi atau mana-mana agensi ke UPIK
PPRN & GERAN
SKIM GERAN PENYELIDIKAN TVET (T-ARGS)
Visi
Memperkasa TVET melalui penyelidikan gunaan berimpak tinggi
Misi
Membudaya, memperkasa dan melestarikan penyelidikan gunaan yang berimpak tinggi bagi meneroka idea baharu untuk menyelesaikan permasalahan individu, organisasi dan institusi demi kesejahteraan rakyat
PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN 2.0)
Inisiatif inovatif KPT sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan.
KIK PMK
PENGENALAN
HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (HBKIK) merupakan peralihan daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kepada Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Peralihan tersebut dibuat bagi memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). Tumpuan diberikan kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi.Dengan kata lain, HBKIK berfokuskan kepada outcome, impak dan potensi pengembangan projek bagi tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan.
Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif adalah merujuk kepada Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bil 1/2016.
BIDANG DAN KATEGORI PROJEK KIK
- INOVASI SOSIAL
Pengertian – Iaitu kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan dengan mengutamakan penglibatan masyarakat.
Fokus - Pencapaian impak sosial dan memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi.
Ciri-ciri :-
- Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip.
- Jalinan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor dan individu.
- Pembangunan inisiatif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan menepati keperluan sebenar.
Kategori Inovasi Sosial :-
- Inovasi Penciptaan
- Inovasi Penambahbaikan
- INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Pengertian - Iaitu terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Matlamat – Fokus untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatan kepuasan hati pelanggan.
Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai:-
- Nilai tambah dan berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat.
- Merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek seperti:-
- Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
- Budaya Kerja
- Kewangan dan Aset
- Pengurusan Perhubungan Pelanggan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Projek Pembangunan
- Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Ciri-ciri:-
- Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.
- Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.
- Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
- Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan.
Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan :-
- a) Inovasi Penciptaan
- b) Inovasi Penambahbaikan
MATLAMAT
Matlamat pelaksanaan KIK di Politeknik Melaka adalah untuk mencapai kepuasan hati pelanggan dan kesejahteraan POLITEKNIK MELAKA
OBJEKTIF
EMPAT (4) objektif KIK iaitu :-
- Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan
- Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan
- Meningkatkan kompetensi staf Politeknik Melaka
- Menghasilkan inovasi berimpak tinggi
SEJARAH PENYERTAAN
SENARAI PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) POLITEKNIK MELAKA KE KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA
TAHUN
|
JABATAN/
UNIT
|
TAJUK PROJEK
|
KETUA KUMPULAN
|
ANUGERAH PENCAPAIAN
|
PENCAPAIAN MENGIKUT KATEGORI
(INOVASI SOSIAL / PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN)
|
2013
|
Jabatan Perdagangan
|
Sistem Pengurusan Coaching & Mentoring Politeknik Melaka
|
Pn. Hilmun binti Mohamed
|
Pingat Perak
|
-
|
2014
|
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
|
Kain Layar (Skrin) Projektor Yang Tidak Efisien
|
En Zahidi bin Zamzuri
|
Pingat Emas
|
-
|
2014
|
Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
|
Kesukaran Dalam Penyediaan Penyelesaian Matriks
|
Pn. Zawati binti Zakaria
|
Pingat Emas
|
-
|
2015
|
Jabatan Perdagangan
|
Buku Log Kewangan Mudah Kira Untung
|
Pn. Masliza Idani binti Mahmood
|
Pingat Emas
|
-
|
2019
|
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
|
Trainer Penjana 3 Fasa
|
Pn. Hanim binti Esa
|
Pingat Gangsa
|
-
|
2020
|
Jabatan Kejuruteraan Awam
|
Multiple Framing Adjuster (MFA)
|
Pn. Fara Haszillah binti Hasim
|
Pingat Emas
|
Naib Juara
(Penyampaian Perkhidmatan)
|
2021
|
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
|
E-projek pelajar
|
En. Hussein bin Md Zan
|
Pingat Gangsa
|
-
|
2022
|
Jabatan Perdagangan
|
Portable Sink @ Transform, Technology and Trendy (PS@3T)
|
Pn. Rosmaria binti Ismail
|
Pingat Perak
|
-
|