como crear una pagina web

Oleh : Dr. Muhammad Hafiz bin Kamarudin

19 Ogos 2025, Politeknik Melaka - Seramai 8 orang staf daripada Politeknik Banting Selangor (PBS) telah hadir, diketuai oleh Timbalan Pengarah, En. Roswady bin Abdul Wahab. Rombongan disambut oleh Dr. Muhammad Hafiz bin Kamarudin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka. Lawatan penanda aras ini diadakan dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan serta teguran panel berkaitan proses Audit ETAC. Meneliti cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan proses audit. Memahami dengan lebih jelas bentuk persediaan sebelum dan semasa audit dijalankan. Mengetahui tatacara penyediaan dokumen sokongan dan pengurusan tempat berlangsungnya audit. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Azlan bin Muharam, diikuti dengan taklimat ringkas oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr. Muhammad Hafiz bin Kamarudin mengenai pengalaman serta persediaan yang telah dilaksanakan oleh PMK semasa Audit ETAC. Perbincangan kemudian berlangsung dalam suasana mesra dan interaktif, merangkumi perkongsian amalan terbaik, pengurusan dokumen, serta peranan staf sokongan sepanjang proses audit. Perkongsian ini turut diperkukuh oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Pn. Noorhaslina binti Azani.Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak PBS memperoleh maklumat berharga serta perkongsian pengalaman bermanfaat daripada PMK sebagai panduan dalam meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi Audit ETAC. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh kualiti akademik dan pengurusan di kedua-dua institusi.

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas