Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka. Ianya terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di PMK KECUALI :
  • Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di politeknik termasuk pelajar semester 5 integrasi.
  • Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
  • Pelajar kursus sambilan.
  • Pelajar yang pernah mengulang semester.
  • Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
  • Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  • Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif(KE) kecuali perkara 1 dan 2.


 
 
Objektif MPP adalah;
 
  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  • Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar  kepada pihak pengurusan.

 


 


Maklumat lanjut, datang terus ke;

Bilik Gerakan MPP,
d/a Politeknik Melaka
Tingkat 1, Jalan PPM 9
Plaza Pandan Malim,
75250 Melaka
Tel  : 06-3376054
Fax : 06-3376007/6042
 
 
 

Like, Follow, Instagram Kami di

www.instagram.com/mpp_polimelaka

 

 
Like, Follow Facebook Kami di
www.facebook.com/MajlisPerwakilanPelajarPMK