como crear una pagina web

Oleh : Abd. Halim Bin Mahat

Melaka, 10 Julai 2025 – Politeknik Melaka dengan kerjasama Seamaster Malaysia telah berjaya menganjurkan Kursus Mate Domestik (<500 GT Open) dari 4 hingga 10 Julai 2025. Seramai 22 peserta yang terdiri daripada pemandu bot, kru kapal, dan pekerja maritim lain telah berjaya menamatkan kursus intensif selama seminggu ini. Kursus ini dirancang khusus untuk memenuhi keperluan industri maritim tempatan, dengan fokus pada peningkatan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam aspek keselamatan, navigasi, dan pengurusan kapal kecil. Antara modul utama yang diajar termasuk:

- Undang-undang dan peraturan maritim tempatan

- Teknik navigasi asas dan penggunaan radar

- Prosedur kecemasan seperti kebakaran dan penyelamatan

Menurut Dr Mohamad Hafiz Bin Kamaruddin , Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Melaka, kursus ini merupakan langkah awal dalam melahirkan tenaga kerja maritim yang lebih berkemahiran dan berpengetahuan."Kami berhasrat untuk terus memperluas program seumpama ini bagi memastikan industri maritim negara dilengkapi dengan pekerja yang mahir dan kompeten," ujarnya. Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan menerima Sijil Kehadiran Mate Domestik (<500 GT) yang diiktiraf, akan melayakkan peserta untuk ke ujian lisan yang akan dilaksana oleh Jabatan Laut Malaysia seterusnya mendapat sijil Certificate of Competency (COC)  Mate Less Than 500GT Domestic Voyages. Tahniah dan syabas untuk semua peserta.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas