PENGENALAN
Persatuan Alumni Politeknik Melaka telah didaftarkan dengan rasminya sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 30 Mac 2004. Persatuan Alumni Politeknik Melaka ditubuhkan dengan tujuan mengeratkan dan mengekalkan hubungan silaturahim antara politeknik dan graduan dalam usaha berterusan untuk memajukan PMK khasnya dan Politeknik Malaysia secara amnya. Adalah diharapkan dengan wujudnya perhubungan kukuh antara kedua-dua pihak maka pelbagai usaha lanjutan dapat digembleng bagi tujuan memberi sumbangan kepada komuniti setempat serta graduan yang sedang dalam pengajian bagi meyokong PMK melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing dalam era transformasi kini.
CARTA ORGANISASI
MATLAMAT
YURAN KEAHLIAN
Yuran keahlian adalah RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia) seumur hidup
Persatuan Alumni Politeknik Melaka berhasrat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua ahlinya, melalui kenyataan visi dan misi berikut :-
MISI
- Menganjurkan satu perjumpaan umum ahli atau perhimpunan untuk semua ahli.
- Membantu ahli merealisasikan hasrat dalam mengadakan sebarang aktiviti
- Menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan pendidikan dan kerjaya.
- Menyediakan platform untuk pembangunan belia.
- Membangunkan modal insan dan kompentensi baru.
- Mengutamakan intergriti dalam memberikan sumbangan dan penghargaan.
- Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
- Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
VISI
Menjadikan Alumni Politeknik Ini sebagai Alumni berkebajikan kepada ahli dan sebagai pusat perhubungan ahli dalam menghimpunkan semula termasuk memelihara kepentingan politeknik sekaligus membina pembangunan intelektual negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.
MATLAMAT
- Menjaga kebajikan alumni Politeknik Melaka.
- Memupuk perpaduan, Intergasi dan silaturrahim antara alumni untuk melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan , berketrampilan , berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
- Membantu dan memberi sokongan terhadap segala usaha yang dapat meningkatkan lagi imej seiring dengan visi dan misi Politeknik .
- Membantu ahli dalam perbangunan profesionalisma, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi.
- Membantu meningkatkan taraf pendidikan Politeknik dan latihan kearah pendidikan yang efisien, dinamik, berkualiti dan kreatif selaras dengan hala tuju institut pengajian tinggi dalam menjana tranformasi demi kepentingan ahli.