MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) POLITEKNIK MELAKA
Oleh : Mohd Nazim bin Zakaria
ย
Politeknik Melaka31 Julai 2025 - Minggu Transformasi Siswa (MTS) Politeknik Melaka telah berlangsung dengan jayanya dari 27 hingga 31 Julai 2025.
Program dimulakan pada malam 27 Julai dengan sesi taklimat pengenalan. Sesi pagi dari 28 hingga 31 Julai diisi dengan pelbagai taklimat melibatkan aspek akademik, keselamatan, dan hal ehwal pelajar sehingga jam 5 petang.
Pada waktu malam, peserta mengikuti sesi berkumpulan dan aktiviti bonding yang melibatkan semua ambilan baharu. Program ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk membantu peserta menyesuaikan diri serta memperkukuh kemahiran sebelum memulakan sesi pengajian rasmi.
Majlis perasmian penutup MTS telah diadakan di Pusat Latihan Kemas, dirasmikan oleh Pengetua Pusat Latihan Kemas, Norfazlinda Bintiย Abdulย Majid.