Oleh : Amira Abdul Wahid

 

Ayer Keroh - Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka pada 19 Ogos 2024 bertempat di Bilik Seminar, LPPKN Negeri Melaka.

 Majlis Watikah pelantikan PRS ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua ahli PRS yang terpilih untuk menjadi Majlis Tertinggi & Exco Pembimbing Rakan Siswa bagi Sesi 1 2024/2025. Antara objektif lain bagi program ini adalah untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dan penuh dedikasi seterusnya memberi pengalaman kepada pelajar mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

 Seramai 24 orang ahli PRS yang telah terlibat sepanjang program ini berlangsung. Seramai 5 orang Majlis Tertinggi yang dipilih serta 5 Exco terpilih yang terdiri dari Exco Multimedia, Exco Keusahawanan, Exco Sukan & Latihan, Exco Kerohanian dan Exco Kebajikan & Kesukarelawanan.

 

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka