oleh: Tok Chon Bee & Azlina Binti Nordin 

 

Satu program jalinan strategik antara Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan industri telah diadakan pada hari 12 September 2024. Objektif program ini adalah untuk memanfaatkan kepakaran serta perkongsian ilmu daripada alumni dan IPTA. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan laluan kerjaya, sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan setelah tamat pengajian.

Tetamu jemputan bagi program ini adalah:

  1. Pn Amira binti Abdul Wahid - Pegawai Psikologi PMK
  2. Ts Dr Hazriq Izzuan bin Jaafar - UTeM (Penasihat Program DJK)
  3. En Aiman Syahmi bin Adnan - Triple C Lightning (Penasihat Program DJK / Alumni)
  4. En Ahmad Hafizuddin bin Mahidin - GCB Cocoa Malaysia (Alumni)
  5. Prof Madya Ir Dr Rozaimi bin Ghazali - UTeM (Mantan Penasihat Program DJK)

Pelbagai aktiviti dalam program ini telah berjaya dilaksanakan untuk mempersiapkan pelajar agar menjadi individu yang berjaya, berdikari, serta berdaya saing dalam dunia kerjaya yang semakin mencabar.