PROGRAM SEMAK BUKU REKOD PERKHIDMATAN DAN REKOD PERIBADI

11 September 2024 – Bahagian Khidmat Pengurusan(BKP) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Semakan Buku Rekod Perkhidmatan dan Rekod Peribadi bagi semua staf Politeknik Melaka (PMK). Program telah diadakan bermula 11 hingga 12 September 2024 bertempat di Makmal Geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka. Urusetia program terdiri daripada daripada Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan yang diketuai oleh En. Suhaizan bin Md. Sarmuji, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Politekik Melaka.

    

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada staf membuat semakan rekod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) merujuk senarai semak yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Ianya sangat penting bagi memastikan semua rekod perkhidmatan direkod dan dikemaskini dengan tepat. Semakan Buku Perkhidmatan ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008 iaitu semakan Buku Perkhidmatan perlu dilaksanakan oleh setiap penjawat awam pada setiap tahun untuk memastikan maklumat pegawai telah dikemaskini.

   

Terima kasih diucapkan kepada En. Zaidi Bin Othman, Pengarah Politeknik Melaka, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik juga semua staf yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung selama dua hari secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan.