Oleh : Amira Abdul Wahid

 

Ayer Keroh - Unit Pengurusan Psikologi & Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka dengan kerjasama Kafeteen, LPPKN Melaka telah menganjurkan Program Art Therapy PRSPMK @ LPPKN pada 19 Ogos 2024 bertempat di Bilik Seminar, LPPKN Ayer Keroh Melaka.

Seramai 25 orang pelajar yang terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS dari setiap jabatan telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu baru berkaitan Terapi Seni kepada ahli PRS. Bengkel ini dianjurkan agar dapat merangsang pemikiran dan pandangan ahli PRS terhadap keperluan mengasah kemahiran baru dalam perkhidmatan membimbing. Ia juga merupakan sebagai satu platform bagi peserta untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran baru.

Kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini diselitkan dengan mempelajari teknik-teknik terapi seni dan seterusnya mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif Unit Pengurusan Psikologi sebagai satu platform kepada pelajar untuk mengekspresi perasaan peserta yang menyertai bengkel ini.

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka