PMK STAFF CHALLENGE (INDOOR GAMES) 2024

Oleh: Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin

 

MALIM, MELAKA – Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan PMK Staff Challenge (Indoor Games) pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka.

 

Program ini adalah cetusan idea dari tuan Pengarah sebagai salah satu pengisian aktiviti kepada semua staff PMK. Menerusi program ini, staff dapat menyerlahkan bakat dalam acara sukan yang dipertandingkan disamping memupuk semangat kekitaan antara staff PMK.

 

Antara sukan yang dipertandingkan adalah Catur, Dart, Carrom dan Sukan Tradisional (Dam Aji, Congkak dan Batu Seremban). Semoga sukan ini dapat diteruskan dimasa akan dating dengan lebih banyak acara dan penyertaan.