Pertandingan ini telah berlangsung 2 hingga 5 September di Politeknik Besut, Terengganu dan telah melibatkan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) seluruh Malaysia. Pertandingan ini telah disertai oleh 34 pasukan debat manakala 40 orang peserta pidato. Politeknik Melaka telah menghantar satu pasukan Debat yang dibimbing oleh Cik Nur Izzatie Husna binti Zawawi. Pasukan Debat ini terdiri oleh Siti Hadijah Binti Nurmal, Janani A/P Theventhiran, Muhammad Bin S.Arman daripada Jabatan Perdagangan dan Mohd Faris Firdaus Bin Lamid daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Bagi penyertaan pidato pula, Politeknik Melaka menghantar Nurulain Batrishya Binti Hafizan (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal) yang telah dibimbing oleh Puan Nurul Akmal.

Pada Pertandingan Debat & Pidato Piala Ketua Pengarah JPPKK 2024 ini mempunyai perbezaan daripada tahun-tahun sebelumnya kerana pihak penganjur turut menganjurkan Pertandingan POLYCC VAGANZA. PMK telah menghantar seorang wakil, Nurulain Batrishya dan beliau telah berjaya merangkul JOHAN dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150.

Pasukan debat PMK berjaya melayakkan diri sehingga ke pentas Akhir Pertandingan Debat Piala Ketua Pengarah JPPKK 2024 menentang dengan wakil tuan rumah iaitu Politeknik Besut Terengganu. Usul yang diperdebatkan pada pusingan akhir ialah GRADUAN TVET: LULUS TIDAK BERSELAM, HILANG TIDAK BERCARI di mana, PMK menggalas tanggungjawab sebagai pembangkang.

Alhamdulillah dan syukur, PMK berjaya merangkul GELARAN JOHAN Pertandingan Debat Ketua Pengarah JPPKK 2024 edisi ke-11, dengan menewaskan wakil tuan rumah (Politeknik Besut Terengganu) dan PMK. Pasukan debat PMK membawa pulang Trofi Kemenangan Pertandingan Debat Piala Ketua Pengarah JPPKK 2024, buku tajaan ADAM dan wang tunai sebanyak RM1000. Selain daripada itu, Saudari Siti Hadijah binti Nurmal juga berjaya merangkul trofi 10 pendebat terbaik keseluruhan.

 

Adalah diharapkan dengan kejayaan ini dapat menjadikan Politeknik Melaka sebagai ikon dalam bidang debat dan orator dan seterusnya memajukan lagi legasi debat dan orator ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna binti Zawawi