Oleh : RENI SURIANI BINTI HASHIM

10 September 2024 - Telah berlangsung dengan jayanya Program Kolaborasi Dinamik: Pemacu Kerjaya Bersama Industri” anjuran Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC) Politeknik Melaka dengan kerjasama semua Jabatan Akademik PMK pada hari ini.
 
Dalam program ini telah diadakan Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) / Nota Kerjasama (NoC) antara industri dan agensi dengan Politeknik Melaka untuk tahun 2024 yang melibatkan lima(5) buah industri dan agensi iaitu,
 
- M ELECTRIC VEHICLE SDN. BHD
- Bizbot Technology
- Jcoders Sdn Bhd
- Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ,UKM &
- Nogori Foods
 
Selain itu juga, program pada hari ini turut di isi dengan sesi perkongsian bersama industri, taklimat dan sesi temuduga kerjaya untuk siswa siswi Politeknik Melaka yang melibatkan tiga (3) buah industri iaitu Perunding Sinar Teguh Sdn. Bhd, Scientex Height Sdn. Bhd dan Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd.
 
  
 
   
 
   
 
 
Siswa siswi PMK juga diberi peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan persediaan tempat untuk menjalani latihan industri dengan syarikat mereka setelah tamat belajar nanti melalui sesi temuduga yang telah diadakan.
 
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah PMK En. Zaidi bin Othman. Turut hadir sama dalam program ini ialah YBhg Dato' Rosthman bin Ibrahim, Pengarah Urusan Grand Swiss-Belhotel Melaka merangkap CEO@POLYCC PMK serta YBrs. Encik Jamil Bakri Ketua Pegawai Eksekutif Government-Industry TVET Coordination Body (GITC)
 
Politeknik Melaka mengucapkan jutaan terima kasih diucapkan kepada para industri yang menyokong penuh penganjuran PROGRAM dan diharapkan kerjasama bersama industri terus diperkukuhkan.