Pengenalan
Bagi merealisasikan Program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan Politeknik Melaka (UKS) adalah komited dan seiring dalam usaha mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik.
Unit ini juga akan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama dasar ini iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan dan matlamat keduanya melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.
Tahun 2015 merupakan tahun penjenamaan semula bagi unit keusahawanan Politeknik Melaka dengan nama UKS. Selaras dengan itu, Unit Keusahawanan PMK akan menjadi penggerak dalam penyelarasan pelbagai aktiviti keusahawanan di Politeknik Melaka bagi mencapai KPI politeknik dalam melahirkan lebih ramai graduat usahawan politeknik.
Aktiviti
Dalam usaha untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat pendedahan tentang keusahawanan, pelbagai program telah dirangka di peringkat politeknik, antaranya:
- 1 Class 1 Biz (1B1C)
- Sebuah program yang bertujuan untuk membudayakan keusahawanan di kalangan siswa dan siswi politeknik
- WAJIB bagi pelajar-pelajar dari semua jabatan yang mengambil kelas keusahawanan (Entrepreneurship)
- Menyumbang kepada markah Kerja Kursus untuk subjek keusahawanan
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan
- Berlansung sepanjang semester
- Online Biz Mega Expo (OBME)
- Expo yang mengumpulkan peniaga online seluruh negara
- Melibatkan pelajar-pelajar dan inkubator politeknik Malaysia
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan
- Hari Keusahawanan
- Memberi ruang dan platform kepada pelajar dan staf yang berminat untuk berniaga
- Membudayakan keusahawanan di kalangan warga PMK
- Women in Social Enterprise
- Program anak angkat pelajar-pelajar IPTA dan politeknik bersama pemilik perniagaan mikro dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- Program usahasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ini dianjurkan oleh Othman Yeop School, Universiti Sains Malaysia (USM)
- Pelajar dapat melihat sendiri bagaimana sesebuah perniagaan mikro dan IKS dijalankan
- Pelajar dapat memberikan khidmat kepada komuniti dengan memberikan pendapat dan idea-idea baru kepada peniaga-peniaga yang merupakan keluarga angkat mereka
Inkubator PMK
Inkubator diuruskan oleh Unit Keusahawanan di bawah Jawatankuasa Pembudayaan Usahawan, Kebolehpasaran & Inkubator yang dipengerusikan oleh Ts. Mohd Johari @ Esa bin Ibrahim. Terdapat 9 buah Inkubator Politeknik Melaka yang bergerak aktif adalah :
1) Inkubator Welding (Weld Work)
Pensyarah Penyelia : En. Mohd Ambri bin Asis
2) Inkubator Percetakan (Cetaq A2Z)
Pensyarah Penyelia : Ts. Mohd Johari @ Esa bin Ibrahim
3) Inkubator Makanan (Beezzy Bizz)
Pensyarah Penyelia : Pn. Farizoh Binti Hamid
4) Inkubator Servis Motor
Pensyarah Penyelia : Hj. ishak Bin Ibrahim @ Yem
5) Inkubator Aircond & Electrical (A & E Services, Repair, Wiring)
Pensyarah Penyelia : Pn. Ameelia binti ibrahim
6) Inkubator Accounting Firm (ACCOUNTING FIRM@POLIMELAKA)
Pensyarah Penyelia : Pn. Noor Azira binti Sawal
7) Inkubator Servis Handphone (Bekki Phone)
Pensyarah Penyelia : En. Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus
8) Inkubator Building Maintenance Services
Pensyarah Penyelia : Pn. Haliza Binti Ab Karim
9) Inkubator Home Deco
Pensyarah Penyelia : Norazliza Binti Abd Rahim
Carta Organisasi