PERBINCANGAN PENYELARASAN PERMOHONAN GERAN TVET (SEAMASTER) JKM
Ts Abd Halim Mahat
09 September 2024, Politeknik Melaka - JKM Politeknik Melaka di bawah pengurusan Ketua Jabatan En M.Hafiz Kamarudin mengorak langkah lebih agresif dengan rakan kolaborasinya SEALESTIAL MARINE SEAFARER TRAINING CENTRE (SEAMASTER) dalam pertemuan bersama Straits of Melaka Waterfront Economic Zone SM-WEZ membincangkan beberapa perkara berkaitan penyediaan tenaga kerja untuk industri maritim dalam memberi sokongan khususnya dalam pembangunan misi SM-WEZ iaitu ‘STRAITS OF MELAKA MARITIME CITY’ . Terima kasih kepada kepada Tuan Pengarah En Zaidi Bin Othman yang mempengerusi Mesyuarat, begitu juga wakil dari SEAMASTER Kapten Kenneth dan Mr Jimmy dan wakil SM-WEZ Muhamad Marzuqi Bin Imanuddin. Moga dengan pertemuan pertama ini membuka jalan ke arah industri maritim yang lebih gemilang di masa akan datang yang dapat memberi manfaat kepada lebih 80,000 kapal yang melaui selat melaka setiap tahun.