7 September 2024 – Commerce Club PMK (COMMERS) telah menganjurkan sebuah pertandingan PMK FUTSAL TOURNAMENT: RED WINGS. Program ini telah melibatkan sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan.

 

Program ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Batu Berendam. Sesi pendaftaran telah dilaksanakan pada jam 9:30 pagi dan permainan pertama telah dimulakan tepat jam 10:10 pagi. Pasukan telah berentap secara sihat di peringkat liga dan sebanyak 8 pasukan telah berjaya ke peringkat suku akhir. Di peringkat separuh akhir, menemukan pasukan, Lauk Pauk v Pecundang FV dan Amamo v Rambai FC.

 

Setelah persaingan yang sengit, dua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir ialah Rambai FC dan Pecundang FC. Permainan telah dijalankan secara 7-1-7. Rambai FC berjaya menewaskan Pecundang FC dengan mata 6-3. Majlis perasmian penutup telah dilaksanakan sebaik sahaja tamat pusingan akhir.

Puan Zalzalah, Ketua Program Diploma Akauntansi mewakili Ketua Jabatan Perdagangan telah merasmikan majlis penutup PMK FUTSAL TOURNAMENT: RED WINGS dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan dating melihatkan kepada impak positif pelaksanaannya.

 

Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna binti Zawawi