25 Ogos 2024, Kuala Sungai Baru - Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kali ini bekerjasama dengan Biro Sukarelawan, Jawatankuasa Pelajar Jabatan Perdagangan (COMMERS) Politeknik Melaka telah menjayakan Program Santuni Madani Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 25 Ogos 2024 bersamaan hari Ahad di Kuala Sungai Baru, Melaka.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan di kampung yang terlibat, menjalankan kerja gotong royong secara berkala dengan melibatkan pelbagai Institut Pengajian Awam (IPTA) dan mempromosikan kampung terlibat bagi tujuan rekreasi dan pelancongan domestik. Program ini melibatkan 4 Institusi lain iaitu Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Melaka (UNIMEL) dan Universiti, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 20 orang wakil sukarelawan dari setiap Institusi telah bersama-sama menjayakan program gotong royong ini. Gotong royong ini melibatkan Kawasan pantai dan jalan utama kampung. Program dimulakan dengan taklimat keselamatan dan aktiviti program oleh Sofiq Mohamad Fadhil Bin Mohamed Nizar selaku wakil COMMERS, Politeknik Melaka kepada peserta.

 

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dan hasil kajiselidik yang ringkas, peserta COMMERS bersetuju bahawa program ini membantu peserta meningkatkan lagi kesedaran tentang kebersihan persekitaran, peserta turut berpeluang membantu masyarakat setempat di Kuala Sungai Baru, Melaka dengan isu kebersihan dan pengurusan sampah yang dihadapi dan peserta turut bersetuju bahawa program seperti ini membantu mencapai matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals - SDGs).

Disediakan oleh: Puan Tuty binti Kamis