Pengenalan
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UPIM) berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan alat-alat bantuan mengajar dan aktiviti untuk pensyarah-pensyarah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. UPIM juga menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua warga Politeknik Melaka bagi menjalankan aktiviti pada bila-bila masa.
Tujuan UPIM adalah bagi mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi mewujudkan budaya penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di Politeknik.
UPIM bercadang menyediakan Bililk Tayangan untuk kemudahan warga politeknik Melaka bagi menjalankan proses pembelajaran, pembentangan, kursus, taklimat, seminar dan sebagainya. Selain itu “Bilik kawalan Pusat Multimedia” pula adalah untuk kerja-kerja penyuntingan bertujuan menjalankan kerja-kerja pengarkiban bahan, membantu melaksana penerbitan bahan bercetak, menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam aplikasi teknologi multimedia dan sebagainya.
Selain itu juga, UPIM telah menyediakan kemudahan peminjaman dan memberi perkhidmatan kelengkapan peralatan seperti kamera video, TV dan peralatan lain bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pemohon juga dibenarkan untuk meminjam kemudahan peralatan tersebut dengan mengisi borang-borang pinjaman yang telah disediakan di UPIM dan mendapat sokongan pensyarah atau Ketua Jabatan/Unit masing-masing.
Pelbagai lagi aktiviti yang bakal diberikan antaranya perkhidmatan VDO P&P, perekodan audio P&P, penyediaan sistem P&P dalam multimedia, membangunkan laman web, mewujudkan “video & photo sharing website”, dan sebagainya. Selain itu, unit ini juga merancang untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti melibatkan penglibatan pelajar. Antaranya pertandingan Fotografi, Videografi, mencipta lagu, mencipta logo, pertandingan vokal, kursus teknikal fotografi, audio&visual dan lain-lain lagi agar dapat mencungkil bakat pelajar dan menambah nilai kemahiran pelajar itu sendiri.
Carta Organisasi
Carta Organisasi Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia
Sejarah Penubuhan
Akitiviti pembangunan multimedia di Politeknik Melaka bermula pada tahun 2003 dengan tertubuhnya unit multimedia dan sumber di bawah Politeknik Kota Melaka. Pada mula penubuhannya, urusan seperti rakaman dan penerbitan dilaksanakan oleh kakitangan Politeknik Kota Melaka ini sendiri diantaranya pegawai multimedia yang dilantik dikalangan pensyarah yang berkebolehan dan berbakat dalam bidang berkenaan serta dibantu oleh juruteknik audio dan pembantu am pejabat. Semua dasar dan peraturan rakam serta penerbitan ditentukan oleh ahli jawatankuasa Politeknik Kota Melaka. Oleh itu pegawai yang dilantik di dalam unit multimedia dan sumber sentiasa bertanggungjawab mempertimbangkan permohonan untuk membuat rakaman dan penerbitan dalam memenuhi keperluan pengurusan Politeknik Melaka.
2013 / 2014 Unit Multimedia dan Sumber telah bertukar nama bagi melaraskan semua Unit Multimedia dan Sumber seluruh Politeknik di Malaysia dengan diberi nama UNIT PEMBANGUNAN INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA (UPIM) dalam menyahut seruan kerajaan iaitu mentransformasikan sistem perkhidmatan awam kearah daya saing serta peningkatan kualiti kerja.
Perkhidmatan
Perkhidmatan dan Kemudahan
- Rakaman Video dan Foto dalam dan luar politeknik
- Video dan Audio Editing
- Penerbitan Dalaman (P&P)
- Tayangan Video
- Memberi pinjaman peralatan Multimedia (audio/visual)
- Khidmat nasihat multimedia
Perkhidmatan Pinjaman Peralatan
- Desktop and Portable Overhead Projector &Slide Projector
- PC to TV converter & Televisyen
- CD / VCD / DVD/ MP3 player
- Multisystem Video
- Cassete Recorder Mini hifi / Mini Compo
- Audio Cassete Deck
- SLR Camera & Digital Camera
- Mini DV Handycam
- Portable PA System
Borang Yang Digunakan di UPIM Adalah Seperti:
- Borang Pinjaman Peralatan
- Borang Permohonan Perkhidmatan
- Borang Kebenaran Membawa keluar Peralatan dari kawasan Politeknik
Bidang Tugas
- Merekabentuk dan membangunkan persembahan multimedia untuk program-program rasmi Politeknik Melaka
- Membuat dan menyediakan rakaman audio/video dan liputan dalam dan luar Politeknik untuk simpanan rekod dan juga VDO P&P
- Menjalankan kerja-kerja fotografi
- Membangunkan video korporat Politeknik
- Membuat rakaman siaran langsung
- Merakamkan aktiviti rasmi PMK secara video dan gambar still.
- Menyediakan tayangan-tayangan multimedia bagi menjayakan sesuatu program
- Mengeluarkan produk multimedia dalam bentuk video, audio dan slide.
- Menyediakan peralatan audio, video dan kamera bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Bilik seminar atau tayangan yang selesa.
- Merekabentuk banner, poster, sticker dan sebagainya
- Menyalin VCD dan DVD bagi P&P dalam margin yang besar
Logo UPIM
U - Unit
P - Pembangunan
I - Instruksional
M - Multimedia
Warna tema pada logo ini adalah dari warna tema logo Politeknik Melaka yang asal.
Gambar yang terdapat pada logo ini iaitu mikrofon dan kamera merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Upim tersebut.
Warna merah melambangkan semangat berpasukan.
Warna kuning ini bermaksud sebagai optimis dalam menjalankan arahan yang diberikan.
Warna kelabu adalah untuk merealisasikan segala kerja dengan peralatan yang sedia ada.