Oleh : Amira Abdul Wahid

 

Dewan Japerun Duyong - Unit Pengurusan Psikologi bersama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Inventori Perdana pada 29 Julai 2024 bertempat di Dewan Japerun Duyong.

                 Program ini telah dijalankan semasa Minggu Suai Kenal dan program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar baru berkaitan  perkhidmatan yang ditawarkan secara terus oleh Unit Pengurusan Psikologi. Antara objektif lain bagi program ini adalah agar pelajar dapat mengenalpasti gaya belajar individu berdasarkan inventori yang telah diberikan. Ini bagi memudahkan pelajar dalam sesi pembelajaran berdasarkan ciri-ciri gaya belajar yang ada dalam diri.

 Seramai 6 orang ahli jawatankuasa PRS yang telah terlibat dalam membantu sepanjang program yang telah dijalankan ini. Manakala, peserta yang merupakan pelajar baru yang baru mendaftar di Politeknik Melaka.

 

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka