06 – 08 Ogos 2024, Politeknik Melaka- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Melaka telah menganjurkan Kursus Digital F1 Car Design Using Autodesk Inventor Professional (Intermediate Level) For F1 In Schools Melaka (Sekolah-Sekolah Negeri Melaka). Kursus ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menegah di Negeri Melaka khususnya yang terlibat dengan Program F1 In School Malaysia. 3 orang pensyarah dari JKM telah terlibat mengendalikan kursus tersebut iaitu En Md Saifuddin Bin Md Yusop, Tuan Hj Ishak Bin Yem dan Ts Abd Halim Bin Mahat (Urusetia). Sebanyak 9 sekolah telah menyertai kursus ini selama 3 hari. Turut sama dalam menjayakan kursus tersebut adalah Cikgu Amir Bin Ibrahim iaitu selaku Pengerusi Teknik F1 In Schools Melaka. Pengisian kursus ialah seperti Basic Sketching Technique, Basic Shape Design dan Assembly Design Overview. Kursus tersebut telah berjaya mencapai objektifnya tanpa sebarang masalah teknikal, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini semoga menjadi inspirasi kepada peserta untuk lebih meminati bidang rekabentuk ini.

 

 

 

F1 in Schools Malaysia adalah sebuah program pendidikan yang bertujuan untuk memperkenalkan konsep-konsep STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) kepada pelajar melalui pertandingan reka bentuk dan perlumbaan kereta Formula 1 mini. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif global yang dikenali sebagai F1 in Schools, yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari seluruh dunia untuk terlibat dalam cabaran reka bentuk dan kejuruteraan yang menyeronokkan dan mendidik.

Dalam kursus ini, Politeknik Melaka melalui Jab Kej Mekanikal (JKM) membantu menyuntik ilmu menggunakan perisian Autodesk Inventor Profesional kepada pelajar sekolah-sekolah terbabit  untuk mereka bentuk dan membina model kereta F1 mini yang dikendalikan dengan menggunakan udara bertekanan. Mereka perlu menguruskan semua aspek projek, termasuk reka bentuk aerodinamik, strategi perlumbaan, dan pengurusan pasukan. Pasukan akan bersaing di pelbagai peringkat untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari segi prestasi kereta dan pembentangan projek mereka.

F1 in Schools Malaysia menyediakan platform bagi pelajar untuk mengasah kemahiran mereka dalam bidang teknik dan sains dengan cara yang interaktif dan praktikal, sambil mempromosikan minat dalam bidang automotif dan kejuruteraan. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar memahami bagaimana teori yang dipelajari di bilik darjah boleh digunakan dalam situasi sebenar.