Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

4 Jan 2024, Pengkalan Balak - Seramai 4 orang ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Politeknik Melaka bersama Pegawai Penasihat Kelab telah bersama-sama untuk menjayakan program Smart Consumer Love World anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Melaka (KPDN). Program CSR ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Rohaimi Mohamed Zawawi pegawai KPDN Negeri Melaka. Puan Siti Mastura Daud, wakil Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu memberikan serba sebanyak ilmu dan penerangan berkenaan penyu karah yang terdapat di Negeri Melaka.

Program Smart Consumer Live World menyasarkan peserta daripada Gerakan Pengguna Siswa. Program ini berfokus kepada kesedaran hak-hak pengguna iaitu Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat. Sejumlah 15 IPTA/IPTS dijemput untuk menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan sesi Taklimat Cintai Alam Sekitar, lawatan ke Galeri Puteri Kemunting, pembersihan kolam penyu, menggali lubang penetasan penyu, pembersihan pantai, menanam pokok merambong di pesisir pantai dan melepaskan penyu karah ke laut. Anggaran seramai 100 peserta daripada pelbagai GPS Melaka. Turut hadir bersama pengerusi Gerakan Pengguna Daerah (Alor Gajah,Melaka Tengah dan Jasin) . Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Melaka.