Oleh : Ahmad Fadli bin Abd Hadi

30 Julai 2024 – Bengkel Pemerkasaan Pengguna S3P Politeknik Melaka telah diadakan di Makmal E-Learning, Politeknik Melaka dan telah dihadiri oleh ketua jabatan induk, ketua program jabatan induk dan Timbalan Pengarah Akademik, Pn Zeyana. Sasaran bengkel ini ialah untuk menjelaskan kembali peranan pengguna S3P yang perlu diselesaikan pada setiap semester. Data yang dimasukkan penting untuk menganalisis prestasi pencapaian PLO antara politeknik dan antara jabatan untuk tindakan lanjut diambil. Bengkel ini telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras S3P Politeknik Melaka.