MALIM, MELAKA – Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) telah mengenalpasti seramai 5 orang atlet yang akan mewakili negeri masing-masing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang akan berlangsung di Sarawak.  Perjumpaan telah diadakan pada 6 Ogos 2024 bertempat di Pejabat Pengarah, Politeknik Melaka. Dikesempatan ini, tuan pengarah telah memberikan kata-kata semangat kepada para atlet disamping mengingatkan mereka kepada tanggungjawab sebagai pelajar.

Mereka yang akan ke SUKMA XXI adalah seperti berikut:

1) Nama: Nur Liyana Binti Ismail

Jabatan: Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Sukan: Memanah

Negeri: Melaka

 

2) Nama: Nik Muhammad Aqib Bin Nik Hassan

Jabatan: Jabatan Perdagangan

Sukan: Bola Sepak

Negeri: Melaka

 

3) Nama: Navin A/L Anbalagan

Jabatan: Jabatan Perdagangan

Sukan: Hoki Lelaki

Negeri: Melaka

 

4) Nama: Dharmin Kumar A/L Visvanathan

Jabatan: Jabatan Perdagangan

Sukan: Kabbadi

Negeri: Melaka

 

5) Nama: Nur Alysha Binti Affizat

Jabatan: Jabatan Perdagangan

Sukan: Sofbol

Negeri: Johor

 

Semoga berjaya dengan cemerlang wira wirawati Politeknik Melaka