11 Ogos 2024, Kuala Sungai Baru -Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Bahagian Sukarelawan, Jawatankuasa Muafakat dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Melaka telah menjayakan Program Santuni Madani Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 11 Ogos 2024 bersamaan hari Ahad di Kuala Sungai Baru, Melaka. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan di kampung yang terlibat, menjalankan kerja gotong royong secara berkala dengan melibatkan pelbagai Institut Pengajian Awam (IPTA) dan mempromosikan kampung terlibat bagi tujuan rekreasi dan pelancongan domestik. Program ini melibatkan 4 Institusi lain iaitu Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Melaka (UNIMEL) dan Universiti, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 20 orang wakil sukarelawan dari setiap Institusi telah bersama-sama menjayakan program gotong royong ini. Gotong royong ini melibatkan Kawasan pantai dan jalan utama kampung. Program dimulakan dengan taklimat keselamatan dan aktiviti program oleh En Muhamad Faiz bin Jofri selaku wakil Politeknik Melaka kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini telah berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.