22 Julai 2024 (Isnin): Kursus diatas anjuran Penyelaras Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) Politeknik Melaka telah berjaya diadakan secara siaran langsung dari Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mempunyai pengalaman serta pengetahuan luas mengenai pelaksanaan OBE iaitu Pn. Arni Rahida binti Abd Rafal Penyelaras Kurikulum CIA, Polisas, Pn. Zuraidah binti Hashim Ketua Unit CIA, Polisas dan Ts. Br. Dr Mohammad Affendy Bin Omardin Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, UMP. Kursus ini telah berjaya memberi manfaat yang besar kepada semua peserta. Pop kuiz OBE turut disediakan oleh pihak penganjur. Diharapkan ilmu dan panduan yang diperolehi daripada kursus ini dapat diaplikasikan dalam PdP PMK. Terima kasih kepada semua peserta dan penceramah yang telah menjayakan kursus ini.