Oleh Siti Hananee Binti Aziz-Tenaga merupakan komoditi penting yang diperlukan di semua peringkat kehidupan. Ianya didefinasikan sebagai kebolehan untuk melakukan kerja dan tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Di dalam setiap peringkat penukaran tenaga dan penghantaran tenaga, kehilangan tenaga akan berlaku disebabkan oleh ketidakcekapan sistem. Penjanaan tenaga di Malaysia terdiri daripada pelbagai sumber dengan gas asli mewakili sumber tenaga primer yang terbesar iaitu 43% diikuti dengan bahan api diesel berasaskan petroleum sebanyak 37%, arang batu sebanyak 17% dan hidro sebanyak 3%. Penjanaan tenaga menggunakan bahan api berasaskan karbon menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida (CO2) dan bahan sampingan lain yang menyumbang kepada pemanasan global dan pencemaran alam sekitar. Ini adalah penyebab utama keperluan untuk mengurangkan penggunaan tenaga di samping masalah keselamatan tenaga (energy security) hasil daripada sumber yang terhad dan harga pasaran yang tidak menentu. Masalah ini jika tidak ditangani, boleh mendedahkan Negara kepada risiko pergantungan yang melampau terhadap sumber bahan api dari negara luar. Di sinilah letaknya keperluan pengurusan tenaga dengan meningkatkan kecekapan tenaga (energy efficiency), penggunaan tenaga yang rasional (energy conservation) dan juga penggunaan tenaga dari sumber lestari seperti tenaga solar, hidro, angin dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, bagi menjamin penggunaan tenaga yang cekap, suatu sistem kawalan penggunaan tenaga perlu dibangunkan untuk memantau sebarang ketirisan tenaga yang berlaku di Politeknik Melaka (PMK). Rentetan dari itu, i Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersialan (UPIK) Politeknik Melaka dan  telah mengambil inisetif dengan menghasilkan satu produk inovasi iaitu  IoT Based on Energy Efficiency (IoT4EE ) dimana produk inovasi ini telah selesai diaplikasikan di UPIK dan juga TECC Room 2 dibantu oleh kakitangan sokongan dari Unit ICT dan juga Unit Pembangunan PMK.

 

Dengan adanya produk Inovasi ini, kita dapat memngurangkan tenaga elektrik dengan menggunakan apps melalui smart phone secara online. Selain itu, Ianya mampu menetapkan timer bagi setiap penggunaan setiap perkakasan elektrik. Dengan kos pemasangan yang mudah tanpa melibatkan pendawaian.

Diharapka pada masa akan datang, aplikasi ini dapat digunakan di seluruh PMK. Jutaan tahniah kepada semua yang telah menjayakannya.

 

 

 

Diberi Taklimat oleh Dr Azlan Pegawai Inovasi PMK sebelum kerja-kerja pemasangan bermula

Unit ICT dan Unit Pembangunan PMK berganding bahu didalam Projek ini.

Tuan Pengarah PMK, Ts. Hj Razali bersama melihat pelaksanaan Projek ini.

 

 

 Dibantu oleh Dr, Rosnani dan Ms Lee Moi Fong dari UPIK