BICARA WANITA - DARI WANITA KEPADA WANITA
Politeknik Melaka (PMK) melalui Biro Bimbingan Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kelab Kebajikan Staf telah mengadakan suatu siri perkongsian ilmu - Daurah Fiqh Wanita yang dilaksanakan dalam tiga (3) siri.
Mengetengahkan tema ‘Wanita Berilmu, Pemangkin Muslimah Unggul Kontemporari’, daurah tersebut dimulai dengan Siri 1 pada 16/7/21 dengan pengisian Hijrah Diri Buat Syurga yang disampaikan oleh Dr. Nur Najwa Hanani dari UTM Skudai, Johor Bharu. Siri 2 diteruskan dengan slot Fiqh Darah Wanita oleh Ustazah Anisah binti Ibrahim daripada UiTM Shah Alam, dan seterusnya siri 3 dikendalikan oleh tetamu jemputan dari UiTM Melaka iaitu Prof Madya Dr. S. Salahuddin Suyorno dengan pengisian Komunikasi vs Emosi Dalam Keluarga.
Program bicara wanita ini adalah suatu usaha untuk menyediakan ruang dan platform kepada warga Politeknik Melaka khususnya kalangan staf wanita berhubung ilmu fiqh kewanitaan. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh dapat menjadi pedoman, motivasi bahkan suntikan semangat dalam kalangan peserta menjalani kehidupan seharian mereka.
Secara keseluruhannya, peserta memberikan maklum balas positif dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Besar harapan agar program ini akan terus mendapat tempatnya tersendiri dalam kalangan staf Politeknik Melaka sebagai medium perkongsian ilmu yang akan mampu memupuk budaya cintakan ilmu, seterusnya pemangkin kepada pembentukan akhlak & sahsiah yang unggul.